• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar GPX Demon GR200R-Da Corsa, Harga RM10.9k!

Thailand Lancar GPX Demon GR200R-Da Corsa, Harga RM10.9k!

December 5, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GPX Thailand
memperkenalkan satu lagi sportbike kelas 200cc, Demon GR200R-Da Corsa menjelang pameran auto Thailand International Moto Expo (TIME) 2020 pada harga 81,500 baht (RM10,974).

Jika diimbas kembali, GR200R-Da Corsa baharu ini tampil mirip Demon GR200R, tetapi dengan sedikit pembaharuan untuk membezakan kedua-dua varian itu.

BACA >>> Thailand Lancar GPX Demon GR200R (2020), Harga RM10k

Demon GR200R-Da Corsa
Demon GR200R

Demon GR200R-Da Corsa didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Rosso Red (merah) dan Carbon Black (hitam). Imej motosikal ini nyata lebih sporty dengan tona warna dan grafik seakan material kevlar.

Motosikal ini masih menggunakan enjin silinder tunggal 198cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api GPX-Fi Delphi, sama seperti Legenda 150 Fi. Trenkuasa ini juga patuh Euro4.

Satu unit radiator besar disambungkan pada enjin untuk membantu menyejukkan trenkuasa, manakala kotak gear jenis manual 6-kelajuan. Agak janggal apabila maklumat laman web GPX Thailand mendedahkan tork model ini 17.2 Nm @ 6,500rpm, dan pada masa sama tidak menyebut angka kuasa kuda (hp).

GR200R-Da Corsa 6
GR200R-Da Corsa 15
GR200R-Da Corsa 10
GR200R-Da Corsa 13

Frem trellis daripada keluli, memberikan berat bersih 155kg, manakala rekabentuk fairing tajam menjadikan model itu antara sportbike berwajah agresif di pasaran. Malah, tahap cengkaman tayar atas jalan dipertingkat kekuatan dengan penggunaan tayar Pirelli Diablo Rosso Sport.

Sistem suspensi sama dengan GR200R, menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock multilink YSS boleh laras 7-tetapan. Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal 276mm di depan dan 220mm di belakang.

Selain tayar, rantai 428 DID O-Ring digunakan menawarkan kadar jangka hayat tiga kali ganda lebih lama daripada rantai biasa. Sportbike ini juga dibekalkan ciri  LED penuh untuk lampu depan, belakang dan signal, serta ada pula tambahan lampu siang (DRL) dan lampu kecemasan.

Ciri lain Demon GR200R-Da Corsa ialah kluster instrumen digital LED penuh dengan paparan spidometer, odometer, takometer, posisi gear, suhu enjin, status bahan api dan pelbagai lampu amaran. Setiap pembelian diberikan pakej waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000km, mana satu tiba dahulu.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Cuci Sportbike Supaya Kekal Anggun, Bersih
BACA >>> GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

GR200R-Da Corsa 1
Demon GR200R-Da Corsa
Demon GR200R-Da Corsa
GR200R-Da Corsa 17
GR200R-Da Corsa 18
GR200R-Da Corsa 19
GR200R-Da Corsa 10
GR200R-Da Corsa 11
GR200R-Da Corsa 12
GR200R-Da Corsa
GR200R-Da Corsa 7
GR200R-Da Corsa 2
GR200R-Da Corsa 3
GR200R-Da Corsa 5
GR200R-Da Corsa 6
GR200R-Da Corsa 4
GR200R-Da Corsa 15
GR200R-Da Corsa 13
GR200R-Da Corsa 14

SUMBER: GPXThailand

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: auto terkini, GPX Demon GR200R-Da Corsa, Moto Expo 2020, roda2, sportbike, Thailand International Moto Expo (TIME) 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my