• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

GPX Lancar Drone (2020), Skuter Pertama Kolaborasi dengan SYM

November 18, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

286
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GPX Thailand
mengumumkan ketibaan model transmisi automatik pertama jenama itu, iaitu skuter dinamakan Drone.

Drone (2020) ialah model skuter kerjasama GPX dengan pengeluar motosikal Taiwan, SYM. Khabarnya, GPX terlibat dalam aspek rekabentuk, manakala SYM menghasilkan enjin.

Kerjasama GPX dan SYM dilihat sebagai kejutan dan perkembangan yang menarik diperkatakan kerana dua jenama itu memiliki kelebihan masing-masing. Drone (2020) menggabungkan elemen rekabentuk premium dengan penampilan sporty. Mungkin GPX mahu mencabar pesaing Jepun seperti Yamaha dan Honda.

BACA >>> Thailand Lancar 'EX-5' Lokal, GPX Rock 100 yang Lebih Ranggi, Trendy

SYM berpengalaman luas lebih 60 tahun dalam menghasilkan enjin automatik. Drone (2020) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI), manakala kotak gear jenis CVT. Setakat ini, tiada maklumat mengenai output kuasa atau tork.

Drone (2020) menggunakan sistem lampu LED penuh di depan dan belakang, termasuk lampu siang (DRL) bentuk 'Y' terbalik. Lampu suluh tinggi dan rendah dipisahkan kepada dua kluster berasingan. Di belakang, corak Y melintang digunakan pada lampu brek.

Bahagian pemuka menampilkan kluster instrumen digital LCD penuh dalam bentuk horizontal yang melengkung di atas. Ada bar minyak, spidometer, lampu signal kiri dan kanan, indikator voltan bateri, jam, dan odometer dalam ukuran batu atau kilometer. Paling luar biasa, ada takometer dan lampu kecemasan.

Pelana Drone (2020) menitikberatkan gaya sporty tetapi sedikit lebar untuk keselesaan. Di bawah pelana penunggang boleh memuatkan sebuah helmet muka penuh atau barangan dengan kapasiti simpanan 18 liter.

Sistem henti diserahkan kepada brek cakera 260mm di depan dan 220mm (belakang), dengan brek belakang dilengkapi sistem brek gabung CBS (Combined Braking System).

BACA >>> GPX Racing Popz 110 (2020) Kini di Malaysia, Harga RM5.2k Sahaja!

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan absrober kembar boleh laras 3-tetapan di belakang. Ciri tambahan disediakan ialah palam USB untuk mengecas telefon pintar.

Bahagian roda dipasangkan rim aluminium 14 inci yang dibalut tayar 100/90 di depan dan 110/80 (belakang). Skuter ini memiliki berat bersih 150kg dan enjin dipacu sistem tali sawat untuk menggerakkan roda belakang. Kapasiti tangki minyak mampu mengisi petrol sebanyak 7.5 liter.

Ada tiga varian ditawarkan, iaitu Standard, Keyless (entri tanpa kunci) biasa dan Keyless Special. Berikut pilihan warna disediakan untuk Drone (2020):

STANDARD: Hitam dan merah
KEYLESS: Merah, Perak dan Kuning
KEYLESS SPECIAL: Biru Kusam

HARGA

  • Standard - 65,900 baht (RM8,995)
  • Keyless - 69,800 baht (RM9,530)
  • Keyless Special - 70,800 baht (RM9,670)

Setiap pembelian diberikan waranti 3 tahun atau jarak perbatuan 30,000km (mana satu tiba dulu).

drone frontlight
drone rearlight
drone meter
Engine1
dron absober 1
drone absober
drone box
drone dimension
drone Engine
drone exhaust
drone footrest
drone seat2
drone shield2
drone shock
drone usb2
drone-0.1
drone-4
drone-logo
keyless
logo-gpx
shield

SUMBER: GPXThailand | GreatBiker

286
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: gpx, GPX Drone (2020), GPX Thailand, roda2, skuter, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my