Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Foto Realistik Toyota Corolla Cross (2020) yang Baru Lancar di Thailand
Roda4

Foto Realistik Toyota Corolla Cross (2020) yang Baru Lancar di Thailand

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Corolla Cross (2020)
rasmi dilancarkan di Thailand awal bulan ini pada harga bermula 989,000 baht (RM132,260).  Difahamkan model itu bakal diperkenalkan di pasaran Vietnam awal bulan depan dan akan bersaing dengan Honda HR-V dan Mazda CX-30.

Pasaran Thailand ditawarkan dalam dua pilihan enjin, 2ZR-FBE 1.8L aspirasi natural (NA) berkuasa 138hp @ 6,000rpm dan tork 177Nm @ 4,000rpm dengan transmisi Super CVT-i. Enjin kedua pula adalah versi 1.8L Hybrid berkuasa 96hp @ 5,200rpm dan tork 142Nm @ 3,200rpm dengan transmisi e-CVT.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k

LEBIH PANJANG, LEBAR DAN TINGGI DARIPADA CH-R

Corolla Cross (2020) berkongsi saiz jarak roda sama seperti CH-R, iaitu 2,640mm. Bagaimanapun saiz badan lebih besar berbanding SUV segmen-B itu, dengan panjang 4,460mm (+100mm), lebar 1,825mm (+30mm) dan tinggi 1,620mm (+ 55mm).

Walaupun menggunakan nama Corolla, SUV ini cuma ada sedikit persamaan dengan model sedan. Corolla Cross (2020) lebih kepada RAV4 versi kecil yang dapat dilihat pada rekaan gril sedikit ke bawah dan lampu depan langsing. Apron bawah juga memakai trim hitam RAV4 siap dengan skid plat dan lampu kabus.

Kemasan hitam boleh dilihat pada gerbang roda, frem tingkap dan rel bumbung selain bampar depan dan belakang. Bahagian belakang menampilkan rekabentuk ringkas dengan lampu tirus yang dilarik hingga sisi badan dan difuser krom.

BACA >>> 16 Fakta Pantas: Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia! Harga Mula RM196k

Bahagian kabin menawarkan kluster instrumen multi-info, penyaman udara dual-zon dengan ventilator penumpang belakang, mod pemanduan, unit infotainment  skrin sentuh 9 inci, telematik T-Connect, but elektrik, akses bebas tangan dan kerusi belakang boleh lipat 6º.

Corolla Cross (2020) versi Thailand ditawarkan dalam empat varian dan harga seperti berikut:

  • 1.8 Sport – 989,000 baht (RM132,255)
  • Hybrid Smart – 1.019 juta baht (RM139,295)
  • Hybrid Premium – 1.089 juta baht (RM148,945)
  • Hybrid Premium Safety – 1.199 juta baht (RM163,990)

Jika sebelum ini anda cuma lihat foto studio, sekarang kami kongsikan foto Corolla Cross (2020) versi realistik.

GALERI

SUMBER: ZingNews

Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Thailand Toyota Toyota Corolla Cross Toyota Thailand
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.