Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Falcon XB (1974) ‘Mad Max’ Akan Dijual di Amerika
Roda4

Ford Falcon XB (1974) ‘Mad Max’ Akan Dijual di Amerika

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Falcon XB, atau popular dengan gelaran ‘Interceptor’, pernah digunakan dalam pembikinan filem Mad Max dan Mad Max 2. Model itu kini ditawarkan untuk jualan di Muzium Auto Orlando di Florida, Amerika Syarikat (AS). Buat masa ini, model coupe 1974 itu masih milik pemaju hartanah Michael Dezer.

‘Interceptor Mad Max’ ada tempat tersendiri dalam budaya pop Australia sebagai kereta filem tempatan paling terkenal. Ada desas-desus mengatakan Dezer pernah menolak tawaran AS$2 juta (RM8.4 juta) supaya dia menjual kereta itu. Mujurlah ada muzium utama di Australia dilaporkan berminat dengan model berkenaan.

Menariknya, ada majalah kereta Australia merancang melobi Kerajaan untuk menjadikan ‘Interceptor Mad Max, sebagai unit pameran kekal negara itu.

BACA >>> Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen

Falcon XB ini diubah suai secara menyeluruh untuk dijadikan kereta filem dengan dipasangkan pelbagai komponen kustom seperti unit supercas besar.

Kisah kereta itu bermula selepas tamat penggambaran Mad Max apabila syarikat penerbitan Kennedy-Miller Productions menghadiahkan model itu sebagai bayaran hutang kepada mekanik Murray Smith. Dia kemudian menanggalkan unit supercas dan mendaftarkan kereta itu untuk kegunaan atas jalan.

Kennedy-Miller Productions kemudian membeli semula kereta tersebut pada 1983 untuk digunakan dalam pembikinan filem Mad Max 2: The Road Warrior.

BACA >>> Untunglah, Batman Ada Batmobile Baharu dalam Justice League

Sejurus tamat pembikinan filem siri kedua itu, kereta tersebut dijual pula kepada premis skrap (junkyard) sebelum dibeli usahawan, Bob Fursenko sekitar 1985.

‘Interceptor Mad Max’ kini ditempatkan di Muzium Motor Kebangsaan (NMM) di Australia Selatan sebelum dijual semula kepada pemilik Muzium Motor Cars of the Stars di Britain pada 1992. Dezer membeli keseluruhan inventori muzium itu pada 2011 dan memindahkan barisan kereta ke Miami, termasuk model Mad Max itu.

BACA >>> Inilah Rupa Kereta dalam Filem Popular Selepas ‘Dimurahkan’?

GALERI

SUMBER: CarScoops | OAM

autotainment Bob Fursenko Ford Ford Falcon XB Interceptor Kennedy-Miller Productions kereta filem Mad Max 2: The Road Warrior Michael Dezer Murray Smith Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.