• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Falcon XB (1974) 'Mad Max' Akan Dijual di Amerika

Ford Falcon XB (1974) 'Mad Max' Akan Dijual di Amerika

March 10, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


FORD Falcon XB, atau popular dengan gelaran 'Interceptor', pernah digunakan dalam pembikinan filem Mad Max dan Mad Max 2. Model itu kini ditawarkan untuk jualan di Muzium Auto Orlando di Florida, Amerika Syarikat (AS). Buat masa ini, model coupe 1974 itu masih milik pemaju hartanah Michael Dezer.

'Interceptor Mad Max' ada tempat tersendiri dalam budaya pop Australia sebagai kereta filem tempatan paling terkenal. Ada desas-desus mengatakan Dezer pernah menolak tawaran AS$2 juta (RM8.4 juta) supaya dia menjual kereta itu. Mujurlah ada muzium utama di Australia dilaporkan berminat dengan model berkenaan.

Menariknya, ada majalah kereta Australia merancang melobi Kerajaan untuk menjadikan 'Interceptor Mad Max, sebagai unit pameran kekal negara itu.

BACA >>> Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen

Falcon XB ini diubah suai secara menyeluruh untuk dijadikan kereta filem dengan dipasangkan pelbagai komponen kustom seperti unit supercas besar.

Kisah kereta itu bermula selepas tamat penggambaran Mad Max apabila syarikat penerbitan Kennedy-Miller Productions menghadiahkan model itu sebagai bayaran hutang kepada mekanik Murray Smith. Dia kemudian menanggalkan unit supercas dan mendaftarkan kereta itu untuk kegunaan atas jalan.

Kennedy-Miller Productions kemudian membeli semula kereta tersebut pada 1983 untuk digunakan dalam pembikinan filem Mad Max 2: The Road Warrior.

BACA >>> Untunglah, Batman Ada Batmobile Baharu dalam Justice League

Sejurus tamat pembikinan filem siri kedua itu, kereta tersebut dijual pula kepada premis skrap (junkyard) sebelum dibeli usahawan, Bob Fursenko sekitar 1985.

'Interceptor Mad Max' kini ditempatkan di Muzium Motor Kebangsaan (NMM) di Australia Selatan sebelum dijual semula kepada pemilik Muzium Motor Cars of the Stars di Britain pada 1992. Dezer membeli keseluruhan inventori muzium itu pada 2011 dan memindahkan barisan kereta ke Miami, termasuk model Mad Max itu.

BACA >>> Inilah Rupa Kereta dalam Filem Popular Selepas 'Dimurahkan'?

GALERI
Mad-Max-Ford-Falcon-5
Mad-Max-Ford-Falcon-4
Mad-Max-Ford-Falcon-7
Mad-Max-Ford-Falcon-6
Mad-Max-Ford-Falcon-1
Mad-Max-Ford-Falcon-2
Mad-Max-Ford-Falcon-10
Mad-Max-Ford-Falcon-9
Mad-Max-Ford-Falcon-8
Mad-Max-Ford-Falcon-11
Mad-Max-Ford-Falcon-12
1974-ford-falcon
1974-ford-falcon (1)
Mad-Max-Ford-Falcon-3
mad max fury

SUMBER: CarScoops | OAM

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: autotainment, Bob Fursenko, Ford, Ford Falcon XB, Interceptor, Kennedy-Miller Productions, kereta filem, Mad Max 2: The Road Warrior, Michael Dezer, Murray Smith, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my