Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ford Bronco (2021) Kembali dengan Bentuk Badan Kotak, Kompak!
Roda4

Ford Bronco (2021) Kembali dengan Bentuk Badan Kotak, Kompak!

Abang HirataBy Abang Hirata17/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Bronco (2021) kini kembali selepas lebih dua dekad tiada pengganti. Bronco mula dikeluarkan pada 1965 dan idea di sebalik jip itu dicetuskan pengurus produk Ford, Donald N Frey yang turut mengilhamkan satu lagi model legenda, Mustang.

Bronco direka jurutera Paul G Axelrad dan model akhir untuk pengeluaran diluluskan Lee Lacocca pada 1964. Bronco dengan bentuk utilitarian dibangunkan sebagai kenderaan luar jalan raya (ORV) dan bermula 1965 dikeluarkan hingga generasi kelima dan ditamatkan pada 1996.

BACA >>> Ford Mustang Mach 1 Bakal Kembali! Model Baharu dengan Legasi 1969

Bermula sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Bronco berubah saiz kepada SUV saiz penuh daripada generasi kedua hingga kelima.

Sejarah sekali tercipta apabila Bronco (2021) generasi keenam dilihat kembali kepada idea asal, dan Ford dilihat merancang baik apabila menawarkan model 2-pintu dan 4-pintu. Tidak terhenti di situ, pemilik Bronco ditawarkan lebih 200 aksesori mengikut cita rasa mereka.

BACA >>> Ular Sawa 2.5 Meter Lentok Tidur dalam Trak Pikap

CIRI FORD BRONCO (2021)

Trenkuasa
  • 2.3L EcoBoost V6 dengan anggaran kuasa 270hp dan tork 420Nm.
  • 2.7L EcoBoost V6 dengan anggaran kuasa 310hp dan tork 542Nm.
  • Transmisi manual 7-kelajuan (6+1), dan opsyen automatik 10-kelajuan SelectShift®.
Casis dan Suspensi
  • Casis besi kekuatan tinggi, berkotak penuh.
  • Suspensi independan pada bahagian depan.
  • Bahagian belakang jenis gandar solid dengan koil spring dan lima pautan (links) untuk kekukuhan dan kawalan off-road.
  • Absorber Bilstein® dengan injap hujung henti (end-stop control) pada setiap sudut untuk lebih ketahanan off-road dan mengurangkan kekasaran.
  • Jarak kelegaan bumi 294mm, keupayaan merentasi air hingga 853mm.
Pemanduan

  • Ada 7 mod pemanduan: Normal, Eco, Sport, Slippery and Sand, dengan Baja, Mud/Ruts dan Rock Crawl untuk pemanduan off-road.
  • Ada dua jenis sistem 4×4 iaitu versi asas dengan kotak pindah (transfer case) 2-kelajuan dan fungsi tukaran elektronik sambil pandu Shift-on-the-Fly.
  • Ada sistem 4×4 canggih dengan kotak pindah (transfer case) elektromekanikal yang mempunyai mod automatik on-demand untuk gear 2H dan 4H.
Rekabentuk dan Keselamatan
  • Model 2-pintu standard dengan bumbung tiga bahagian (depan kanan dan kiri, belakang).
  • Model 4-pintu ada empat bahagian bumbung boleh alih (depan kanan dan kiri, tengah dan belakang).
  • Panel bumbung semua model boleh dialih melalui selak pada bahagian dalam kereta.
  • Model 4-pintu ada bumbung lembut (soft top) sebagai ciri standard, dan pengguna juga boleh memilih jenis bumbung keras (hard top).
  • Semua model tiada pintu tanpa bingkai.
  • Rangka keselamatan (roll cage) besi kekuatan tinggi dengan beg udara sisi pada struktur asas dan kerusi.
  • Ada beg udara pemandu dan penumpang sisi.
  • Ada ciri kawalan stabiliti AdvanceTrac® dengan Roll Stability Control™ dan kawalan oleng Trailer Sway Control.

Sama seperti lima generasi terdahulu, Bronco (2021) dikeluarkan Kilang Pemasangan Michigan di Wayne, Michigan. Mengenai spesifikasi dan aksesori pula, Ford memaklumkan harga disyorkan untuk model 2-pintu asas ialah AS$29,995 (RM128,090).

Dengan pakej ditawarkan daripada rekabentuk sehingga teknologi, Bronco (2021) mempunyai potensi untuk dipasarkan di banyak negara seperti Ranger. Bronco bukan setakat lasak tetapi juga ranggi sebagai SUV gaya hidup.

BACA >>> Ford Ranger Thunder – Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

GALERI
4x4 Donald N Frey Ford Ford Bronco Jip Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Lee Lacocca Paul G Axelrad Roda4 SUV SUV kompak Trak
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.