Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Filipina Rancang Mahu Saman Penunggang Motosikal Pakai Seluar Pendek
Auto Terkini

Filipina Rancang Mahu Saman Penunggang Motosikal Pakai Seluar Pendek

AryonBy Aryon04/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS kecoh dengan undang-undang ‘Doble Plaka’ yang mensyaratkan penunggang memasang nombor plat bersaiz sangat besar, pihak berkuasa kini merancang pula menguatkuasakan satu lagi peraturan baharu.

Pengurus Besar Badan Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA), Jose Arturo ‘Jojo’ Garcia berkata, pihaknya kini sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan penalti ke atas penunggang motosikal, termasuk pembonceng yang memakai seluar pendek ketika menunggang.

“Enjin motosikal panas, termasuk paip ekzos dan jika orang itu (penunggang) tidak pakai stokin atau apa saja, kulit mereka mungkin terbakar dan boleh menyebabkan kemalangan,” katanya.

Kenyataan Garcia itu dibuat dalam pertemuan dengan Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) Filipina untuk membincangkan pelaksanaan undang-undang dan polisi baharu mengenai pakaian yang sesuai untuk penunggang. Antara turut dibincangkan ialah pemakaian but kulit dan sarung tangan.

BACA >>> Presiden Duterte Lulus ‘Doble Plaka’, Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!

“Alat pelindung sepatut terdiri daripada helmet, gogal, but kulit dan pakaian pelindung seperti seluar dan jaket tebal, sarung tangan kulit dan sut hujan,” kata Garcia.

DITENTANG PERSATUAN MOTOSIKAL

Bagaimanapun, rancangan itu dibantah beberapa kumpulan motosikal Filipina, seperti Pertubuhan Hak Asasi Motosikal (MRO). Menurut MRO, walaupun langkah terbaharu itu dibuat atas tujuan keselamatan penunggang motosikal, tetapi Filipina sudah ada banyak undang-undang motosikal tentang keselamanatan jalan raya dan hanya perlukan penguatkuasaan yang betul. Misalnya, Undang-Undang Anti-Mabuk, Undang-Undang Helmet Motosikal atau Kod Trafik Pengangkutan Darat.

MRO turut mempertikaikan material kulit untuk but dan sarung tangan kerana harganya mahal. Ini termasuk mengambil kira keadaan cuaca tropika di Filipina yang tidak praktikal untuk penunggang memakai seluar dan jaket tebal, terutama untuk tunggangan jarak dekat. Cadangan dan pelaksanaan mungkin mendedahkan kepada punca korupsi jalan raya apabila penunggang akan cenderung menawarkan rasuah untuk mengelakkan diri daripada disaman.

BACA >>> PDRM: Salah atau Tidak ‘Cop Parking’ Ikut Undang-Undang?

Buat masa ini, tiada lagi undang-undang melarang penunggang motosikal memakai seluar pendek di Filipina. Namun, syarat minimum yang ditetapkan ialah memakai helmet dan kasut bertutup. Kegagalan mematuhi undang-undang itu boleh dikenakan denda Php1,500 (RM117) dan lesen ditarik balik untuk kesalahan sama buat kali ketiga.

Denda tidak memakai kasut sesuai pula bermula Php500 (RM40) untuk kesalahan pertama hingga Php1,000 (RM80) untuk kesalahan kali ketiga. Undang-undang lain ialah menyalakan lampu depan sepanjang masa, sama seperti Malaysia.

Auto Terkini Filipina Jose Arturo Jojo Garcia kompaun Peraturan Jalan Raya Saman Undang-Undang Undang-Undang Motosikal
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.