• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Rancang Mahu Saman Penunggang Motosikal Pakai Seluar Pendek

Filipina Rancang Mahu Saman Penunggang Motosikal Pakai Seluar Pendek

April 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

983
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS kecoh dengan undang-undang 'Doble Plaka' yang mensyaratkan penunggang memasang nombor plat bersaiz sangat besar, pihak berkuasa kini merancang pula menguatkuasakan satu lagi peraturan baharu.

Pengurus Besar Badan Pembangunan Metropolitan Manila (MMDA), Jose Arturo 'Jojo' Garcia berkata, pihaknya kini sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan penalti ke atas penunggang motosikal, termasuk pembonceng yang memakai seluar pendek ketika menunggang.

"Enjin motosikal panas, termasuk paip ekzos dan jika orang itu (penunggang) tidak pakai stokin atau apa saja, kulit mereka mungkin terbakar dan boleh menyebabkan kemalangan," katanya.

Kenyataan Garcia itu dibuat dalam pertemuan dengan Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) Filipina untuk membincangkan pelaksanaan undang-undang dan polisi baharu mengenai pakaian yang sesuai untuk penunggang. Antara turut dibincangkan ialah pemakaian but kulit dan sarung tangan.

BACA >>> Presiden Duterte Lulus 'Doble Plaka', Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!

"Alat pelindung sepatut terdiri daripada helmet, gogal, but kulit dan pakaian pelindung seperti seluar dan jaket tebal, sarung tangan kulit dan sut hujan," kata Garcia.

DITENTANG PERSATUAN MOTOSIKAL

penunggang-motor-filipina-1
penunggang-motor-filipina-2
penunggang-motor-filipina-3

Bagaimanapun, rancangan itu dibantah beberapa kumpulan motosikal Filipina, seperti Pertubuhan Hak Asasi Motosikal (MRO). Menurut MRO, walaupun langkah terbaharu itu dibuat atas tujuan keselamatan penunggang motosikal, tetapi Filipina sudah ada banyak undang-undang motosikal tentang keselamanatan jalan raya dan hanya perlukan penguatkuasaan yang betul. Misalnya, Undang-Undang Anti-Mabuk, Undang-Undang Helmet Motosikal atau Kod Trafik Pengangkutan Darat.

MRO turut mempertikaikan material kulit untuk but dan sarung tangan kerana harganya mahal. Ini termasuk mengambil kira keadaan cuaca tropika di Filipina yang tidak praktikal untuk penunggang memakai seluar dan jaket tebal, terutama untuk tunggangan jarak dekat. Cadangan dan pelaksanaan mungkin mendedahkan kepada punca korupsi jalan raya apabila penunggang akan cenderung menawarkan rasuah untuk mengelakkan diri daripada disaman.

BACA >>> PDRM: Salah atau Tidak 'Cop Parking' Ikut Undang-Undang?

Buat masa ini, tiada lagi undang-undang melarang penunggang motosikal memakai seluar pendek di Filipina. Namun, syarat minimum yang ditetapkan ialah memakai helmet dan kasut bertutup. Kegagalan mematuhi undang-undang itu boleh dikenakan denda Php1,500 (RM117) dan lesen ditarik balik untuk kesalahan sama buat kali ketiga.

Denda tidak memakai kasut sesuai pula bermula Php500 (RM40) untuk kesalahan pertama hingga Php1,000 (RM80) untuk kesalahan kali ketiga. Undang-undang lain ialah menyalakan lampu depan sepanjang masa, sama seperti Malaysia.

983
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Filipina, Jose Arturo Jojo Garcia, kompaun, Peraturan Jalan Raya, Saman, Undang-Undang, Undang-Undang Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my