Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Filipina Negara Ketiga Asean Lancar Yamaha XSR 155, Harga RM13k
Auto Terkini

Filipina Negara Ketiga Asean Lancar Yamaha XSR 155, Harga RM13k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/07/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Philippines (Yamaha Filipina) melancarkan model XSR 155 secara maya pada Sabtu lalu pada harga 162,000 peso (RM13,970).

Ia juga pelancaran digital pertama wakil pengeluar itu di Filipina selepas rancangan asal memperkenalkan streetbike neo retro ke pasaran tempatan awal tahun ini tergendala akibat krisis Covid-19.

Thailand adalah negara terawal di Asean yang memperkenalkan XSR 155, iaitu pada Ogos tahun lalu sebelum Indonesia menyusul pada Disember tahun sama. Di Malaysia, masih tiada khabar berita daripada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sama ada model berkenaan akan diperkenalkan atau tidak.

BACA >>> Yamaha XSR700 (2020) dengan Warna Baharu Lancar di Amerika, Harga RM34.7k

XSR 155 edisi Filipina ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Garage Metal (perak-hitam) dan Tech Black (hitam kusam). Trenkuasa dipacu enjin 155cc dengan transmisi klac manual 6-kelajuan berserta ciri klac anti-gelincir (A&S) yang membantu melancarkan proses anjakan gear dan mengurangkan simptom brek enjin ketika mengurangkan perahan minyak.

BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Sportbike Retro Moden XSR 155, RM10.7k

Streetbike gaya klasik ini diberi sentuhan moden dengan lampu utama bulat LED, lampu siang (DRL), lampu belakang LED, pelana kulit, dan tangki minyak bentuk air mata (teardrop) 10 liter, manakala kluster instrumen meter adalah jenis digital multifungsi.

XSR 155 menggunakan frem deltabox yang biasa digunakan untuk model Yamaha prestasi tinggi. Sistem suspensi menggunkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.

Sistem brek jenis cakera tunggal pada kedua-dua rim 17 inci yang dibalut tayar 110/70 di depan dan 140/70 di belakang. Ketinggian pelana 810mm dengan berat kasar 134kg agak sesuai untuk saiz tubuh penunggang Asean.

Yamaha juga mendakwa XSR 155 ialah motosikal yang mesra kustom dan pemiliknya berpeluang membeli pelbagai alat ganti naik taraf menerusi Pusat 3S Yamaha seluruh Filipina.

BACA >>> Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k

GALERI

SUMBER: MotoPinas

Filipina Roda4 sportbike streetbike Yamaha Filipina Yamaha Philippine Yamaha XSR 155
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026

    2 Comments

    1. Jan on 16/07/2020 11:45

      cantik motor ni, kita kat malaysia boleh tgk je lah haha

      Reply
    2. Shamsul on 22/07/2020 06:49

      Haa kan….
      Macam model RXS100 Abah saya punya..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.