Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Filipina Lancar Toyota Wigo (Perodua Axia) Versi Facelift, Ada Varian TRD S!
Roda4

Filipina Lancar Toyota Wigo (Perodua Axia) Versi Facelift, Ada Varian TRD S!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA bulan lalu, Toyota Astra Motor mengukuhkan saingan dalam hatchback segmen-A apabila memperkenalkan model Agya versi dipertingkat (facelift). Kemudian, giliran adik tirinya, Daihatsu Ayla (Malaysia: Perodua Axia, Filipina: Toyota Wigo) pula dilancarkan.

Di Indonesia, Agya (2020) menampilkan pembaharuan kosmetik dan ditawarkan dalam pilihan enjin 1.0L hingga 1.2L dengan transmisi manual atau automatik. Model 1.0L dijana enjin 3-silinder berkuasa 65hp @ 6,000rpm dan tork 89Nm @ 4,400rpm, manakala varian 1.2L (G dan G TRD) pula dijana enjin 4-silinder DVVT-i berkuasa 86hp @ 6,000rpm dan tork 108Nm p@ada 4,200rpm.

BACA >>> Perodua Axia Style Masuk Pasaran Sri Lanka, Harga RM89k Sahaja!

FILIPINA LANCAR WIGO

Toyota Agya TRD (Indonesia)
Toyota Wigo TRD (Filipina)

Paling terbaharu, Toyota Filipina melancarkan Wigo versi naik taraf minimum dengan bampar depan dan belakang baharu, termasuk set lampu belakang lebih menawan. Wigo sebelum ini sudah pun menerima set lampu depan dan fasia belakang baharu beberapa tahun lalu.

BACA >>> #RetroAuto: Daihatsu Charade (2006) – Perodua Viva Versi UK, Siap Varian 3 Pintu!

Wigo (2020) dipasangkan bampar depan dengan sudut lebih tajam dan kluster segitiga terbalik pada perumah lampu kabus depan. Lampu belakang kini jenis kaca lut sinar, menggantikan jenis merah yang sudah ditamatkan penggunaan. Aspek lain badan model ini dikekalkan seperti sedia ada.

Pelanggan Filipina juga ditawarkan pakej TRD, dipanggil varian TRD S dengan tambahan kit badan seperti lid bampar depan, skirt sisi, tambahan bampar belakang dan spoiler belakang gaya sport.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Axia (2019) Style atau Advance, Mana Satu Nak Beli?

Ruang kabin juga dikemas kini dengan corak kerusi baharu dan penyaman udara kawalan elektronik untuk varian lebih tinggi. Unit infotainment skrin sentuh dinaik taraf dengan fungsi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Varian tertinggi pula ditambah butang penghidup enjin sebagai ciri standard.

Wigo (2020) menggunakan enjin jenis 3-silinder 1.0L, kekal sama seperti tiga tahun lalu, tetapi dikhabarkan mendapat talaan minimum. Bagaimanapun, output kuasa masih sama pada 64hp dan 89Nm dengan dua pilihan kotak gear iaitu manual atau automatik.

VARIAN DAN HARGA TOYOTA WIGO (2020)

  • 1.0 E (manual) – 568,000 peso (RM48,500)
  • 1.0 G (manual) – 623,000 peso (RM53,195)
  • 1.0 G (automatik) – 658,000 peso (RM56,180)
  • 1.0 TRD S (automatik) – 700,000 peso (RM59,770)
GALERI
Toyota Wigo (Filipina)

SUMBER: Toyota.com.ph | AutoIndustriya | ToyotaAstra

hatchback hatchback segmen-A Perodua Axia Roda4 Toyota Toyota Agya (2020) Toyota Filipina Toyota Wigo (2020) Toyota Wigo TRD (2020)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Logo GWM
    PHEV

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Škoda Peaq, SUV EV 7 Tempat Duduk, Jarak Lebih 640 km!

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Sukan Permotoran

    TGR Vios Challenge 2026: Aksi Sengit Di Sepang, Perebutan Kejuaraan Makin Terbuka

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.