• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

#PanduUji: Perodua Axia (2019) Style atau Advance, Mana Satu Nak Beli?

November 4, 2019 By Dee Leave a Comment


NAH, inilah model hatchback mini paling laris di Malaysia!

Perodua Axia (2019) didatangkan dalam enam pilihan varian. Meriahkan? Ramai bertanya, mana satu patut dipilih antara dua varian paling premium, Style atau Advance?

Jadi kami cuba jawab dilema anda itu dalam video di akhir artikel ini. Tetapi, sebelum menonton, jom layan dulu beberapa fakta penting yang perlu anda tahu tentang Axia (2019):

BACA >>> Perodua Axia (2019) Lancar - 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM24k

1. ADA VARIAN BAHARU - STYLE

Perodua Axia Style
Pandu Uji Perodua Axia 2019
Axia Style 2019
Axia Style

Kepada mereka yang bercita rasa muda dan mahu nampak funky, Axia Style memang sesuai untuk anda! Varian ini  menampilkan rekabentuk ala crossover dengan rekaan bampar depan dan belakang gaya off-road, selain difuser, pelapik plastik (cladding) gerbang roda, rel bumbung, spoiler, skirt sisi sporty dan rim aloi 15 inci.

JUga ditawarkan dengan warna ekslusif Sunrise Orange (jingga).

2. ADA SISTEM BANTUAN KESELAMATAN TERMAJU (A.S.A) 2.0

Axia 2019
Perodua Axia 2019
Pandu Uji Perodua Axia 2019
A.S.A 2.0

 Axia (2019) didatangkan dengan versi baharu sistem Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, tetapi khas untuk varian Advance sahaja. Ini mungkin berita kurang enak untuk peminat Axia Style.

Berikut pakej ditawarkan A.S.A 2.0:

  • Pengesan Pejalan Kaki - kelajuan hingga 50kmj
  • Amaran Pra Pelanggaran (PCW) - kelajuan hingga 100kmj
  • Brek Pra Pelanggaran (PCB) - kelajuan hingga 80kmj
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Kawalan Salah Pedal

BACA >>> Perodua Axia (2019) Pun Ada A.S.A! Dah Boleh Tempah Dah...

3. ADA 6 PILIHAN VARIAN

Axia (2019) kali ini antara versi paling meriah kerana menawarkan enam pilihan varian yang boleh dibeli mengikut cita rasa dan bajet masing-masing. Bukan saja tepuk dada tanya selera, boleh juga tepuk dada tanya poket. 😅

Pandu Uji Perodua Axia 2019
Pandu Uji Perodua Axia 2019
Pandu Uji Perodua Axia 2019

Berikut varian Axia (2020):

  • E (MT) - RM24,090
  • G - RM33,490
  • GXtra - RM34,990
  • SE - RM38,890
  • Style (varian baharu) - RM38,890
  • AV - RM43,190

* Harga atas jalan sebelum insurans

Jadi, mana satukah Axia (2019) edisi premium yang sesuai buat anda? Style atau Advance (AV)? Jom kami bantu anda buat pilihan!

BACA >>> Perodua Axia (2019) Lancar - 5 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM24k

Filed Under: Autotainment, Pandu Uji Tagged With: A.S.A 2.0, Axia Advance, Axia Advance 2019, Axia Style, Axia Style 2019, Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A), Harga Axia 2019, Pandu uji, Pandu Uji Axia 2019, Perodua, Perodua Axia, Perodua Axia (2019), Perodua Axia 2019 Advance, Perodua Axia 2019 Style, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
  • #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal
  • FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my