• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Axia (2019) Pun Ada A.S.A! Dah Boleh Tempah Dah…

Perodua Axia (2019) Pun Ada A.S.A! Dah Boleh Tempah Dah...

August 22, 2019 By AO Leave a Comment

413
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS bocor foto brosur di media sosial, Perodua akhirnya menyiarkan iklan tempahan Perodua Axia (2019) baharu dalam laman web rasmi pengeluar nasional itu. Menariknya ada enam varian ditawarkan, iaitu:

  • E
  • G
  • GEXTRA
  • AV
  • SE
  • STYLE

Ada lima warna ditawarkan, iaitu: Sunrise Orange Metallic (jingga - warna baharu), Lava Red Metallic (merah), Midnight Blue Metallic (biru), Glittering Silver Metallic (perak), dan Ivory White Solid (putih).

Axia (2019) baharu masih mengekal enjin 1.0L VVT-i yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV). Kecuali E sebagai varian transmisi manual 5-kelajuan, varian lain menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan (4 E-AT). Varian E juga tiada ciri keselamatan asas lain seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), cuma beg udara dibekalkan.

BACA >>> Perodua Lancar Axia di Seychelles, Harga Bermula RM71,500

KINI ADA A.S.A

Seperti sudah diketahui, Axia (2019) akan didatangkan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0 yang semestinya ditwarkan untuk varian paling premium, AV yang juga memiliki spesifikasi paling lengkap seperti:

  • VSC dan TRC
  • ABS dengan EBD
  • Filem keselamatan dan solar
  • Cangkuk Anti-Ragut
  • Kunci Pintar dan Punat Tekan Mula/Henti (Push Start/Stop)
  • Kamera undur
  • Sensor depan sudut
  • Sensor undur
  • Tinggi kerusi boleh laras
  • Cermin sisi elektrik - Lipat automatik
  • Pembesar suara - 2 depan, 2 belakang

Rupa luaran Axia AV sama seperti varian SE, diberikan kemasan krom pada gril, skirt depan dan sisi, bersama rim aloi 14 inci. Apa yang berbeza varian SE tiada ASA, dan kamera undur.

Menariknya, Perodua memperkenalkan varian baharu, dinamakan STYLE yang boleh dianggap sebagai satu lagi varian SE versi lain. Varian ini tiada A.S.A, filem cermin keselamatan dan solar, kamera undur dan skirt depan. Menariknya, ada rim aloi 15 inci yang juga satu-satunya varian memiliki saiz tayar lebih besar.

Pasti masing-masing sudah tidak sabar mahu melihat sendiri hatchback mini popular ini. Paling berdebar sudah tentu harga yang setakat ini maih belum diumumkan Perodua.

Berani buat tempahan?

BACA >>> 'Axia Eropah' Edisi Khas Bakal Debut di Geneva - Toyota Aygo S-Style, X-Cite

413
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: city car, hatchback segmen-A, Kereta Bandar, Perodua, Perodua Axia (2019), Perodua Axia (2019) Baharu, Roda4, segmen A, Tempahan Perodua Axia (2019) Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Harga Petrol & Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol & Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!
    Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my