Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Filipina Lancar Dua Varian Honda PCX 160 (2021), Harga Mula RM10k!
Auto Terkini

Filipina Lancar Dua Varian Honda PCX 160 (2021), Harga Mula RM10k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Philippines akhirnya melancarkan model skuter baharu PCX 160 (2021) Serba Baharu dala, dua varian pilihan iaitu CBS dan ABS.

Motosikal bertema The Next Level itu dijual pada harga pengenalan 115,900 peso (RM10,030) untuk varian CBS, dan 133,900 peso (RM11,588), ABS.

Berikut perincian PCX 160 (2021):

BACA >>> Honda PCX 160 (2021) Lancar di Thailand, Harga Mula RM12.3k

  • Ada dua pilihan warna untuk setiap varian, iaitu:
    • ABS – Asteroid Black Metallic (hitam) dan Pearl Fadeless White (putih)
    • CBS – Matte Dim Gray Metallic (kelabu) dan Pearl Fadeless White (putih)
  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 157cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi eSP+ dan suntikan bahan api PGM-Fi berkuasa 16hp @ 8,500rpm dan tork 15Nm @ 6,500rpm, serta dipadankan transmisi CVT automatik.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenali Jenis Transmisi Motosikal yang Perlu Anda Tahu

  • Teknologi PGM-Fi dengan sistem henti lahu (ISS) membantu skuter ini mencapai jarak tunggangan sejauh 45.1km bagi setiap liter petrol.
  • Struktur badan tidak jauh berbeza dengan generasi terdahulu, tetapi dipertingkat untuk pengalaman tunggangan lebih baik di kawasan bandar.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?

  • Rekaan lampu depan LED diperbaharui lebih kemas. Lampu belakang menampilkan rekaan seakan huruf X.
  • Sistem ekzos lebih sporty, manakala peg kaki lebih lebar dan panjang 30mm untuk keselesaan penunggang.

  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan absober kembar di belakang yang ditala untuk tunggangan lebih selesa.
  • Sistem brek jenis cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan rim aluminium rekaan baharu 14 inci  di depan dan 13 inci belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu

  • Varian ABS memiliki ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ada tambahan ciri kawalan tork HSTC untuk pengendalian lebih lancar ketika membrek atas permukaan licin. Varian CBS menggunakan Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Kedua-dua varian dipasang profil tayar lebih lebar untuk meningkatkan kestabilan tunggangan, iaitu 110/70 di depan, dan 130/70, rim belakang.

  • Memiliki berat 131kg, kapasiti tangki 8 liter, tinggi pelanan 764mm dan jarak lega Bumi 134mm.
  • Ciri tambahan lain ialah ruang simpanan bawah pelana 30 liter, lebih luas 7 peratus berbanding generasi terdahulu, lampu kecemasan, panel meyer lebih mudah dibaca, poket simpanan barang 1.7 liter pada panel depan skuter, port USB dan sistem kunci pintar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Saya Pakai Jika Menunggang Ketika Hujan
BACA >>> #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

SUMBER: HondaPH

All New Honda PCX Auto Terkini Honda Filipina Honda PCX Honda PCX160 (2021) roda2 skuter Skuter PCX 160
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.