Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Filipina Bakal Bangunkan Jalan Raya Guna Plastik Kitar Semula
Auto Terkini

Filipina Bakal Bangunkan Jalan Raya Guna Plastik Kitar Semula

Han OthmanBy Han Othman12/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Bercakap mengenai jalan raya mesra alam, sebuah firma korporat di Filipina, San Miguel Corporation (SMC) bersedia membangunkan jalan raya menggunakan plastik kitar semula sebagai salah satu bahan utama menghasilkan aspal. Menurut GMA News Online, projek ini ialah sebahagian usaha SMC dalam menangani pencemaran sisa pepejal yang berlaku di Filipina buat masa ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) SMC, Ramin S Ang berkata, pembangunan jalan raya menggunakan plastik akan menjadi cara yang mesra alam untuk melupuskan plastik skrap.

BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai…

“Kita dapat membantu alam sekitar dan pada masa sama menambah baik kualiti projek infrastruktur,” katanya

Penggunaan plastik memiliki manfaat tersendiri. Selain mengurangkan jumlah plastik terbuang, plastik dapat memberikan rintangan gelinciran yang lebih baik untuk jalan raya, dan juga material yang lebih murah untuk menghasilkan aspal.

SMC akan bekerjasama dengan syarikat sains Dow Chemical untuk menghasilkan aspal plastik. Ujian awal akan digunakan untuk lot parkir, jalan raya dalam bandar dan laluan pejalan kaki atau kaki lima. Apabila segalan keperluan kualiti dan keselamatan dipenuhi, barulah ia akan dibuat secara besar-besaran.

“Walaupun berbangga menjadi perintis di kawasan ini, kami sangat berharap kami bukan yang terakhir atau satu-satunya melakukan semua ini. Penyelidikan sudah dibuat dan siap sedia untuk semua orang, dan kami gembira untuk berkongsi proses dan pengalaman kami. Akhirnya inovasi ini akan memanfaatkan alam sekitar yang kita kongsi bersama,” kata Ramin lagi.

BACA >>> Lalu Lintas Sesak Punca Sakit Mental? Risiko Semakin Tinggi Jika Tinggal Dekat Jalan Raya Sibuk

Filipina bukan negara pertama menggunakan plastik untuk membangunkan jalan raya. Teknologi sama juga pernah digunakan di Thailand, India dan Indonesia.

SUMBER: Carmudi

Auto Terkini Filipina Jalan Plastik Jalan Raya Mesra Alam Jalan Raya Plastik Kitar Semula Mesra Alam Plastik Kitar Semula Ramin S Ang San Miguel Corporation (SMC)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.