• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Bakal Bangunkan Jalan Raya Guna Plastik Kitar Semula

Filipina Bakal Bangunkan Jalan Raya Guna Plastik Kitar Semula

March 12, 2019 By AO Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Bercakap mengenai jalan raya mesra alam, sebuah firma korporat di Filipina, San Miguel Corporation (SMC) bersedia membangunkan jalan raya menggunakan plastik kitar semula sebagai salah satu bahan utama menghasilkan aspal. Menurut GMA News Online, projek ini ialah sebahagian usaha SMC dalam menangani pencemaran sisa pepejal yang berlaku di Filipina buat masa ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) SMC, Ramin S Ang berkata, pembangunan jalan raya menggunakan plastik akan menjadi cara yang mesra alam untuk melupuskan plastik skrap.

BACA >>> Undang-Undang Jalan Raya Pelik Seluruh Dunia, dan Malaysia Turut Tersenarai...

"Kita dapat membantu alam sekitar dan pada masa sama menambah baik kualiti projek infrastruktur," katanya

Penggunaan plastik memiliki manfaat tersendiri. Selain mengurangkan jumlah plastik terbuang, plastik dapat memberikan rintangan gelinciran yang lebih baik untuk jalan raya, dan juga material yang lebih murah untuk menghasilkan aspal.

jalan-plastik-1
jalan-plastik-2
jalan-plastik-3

SMC akan bekerjasama dengan syarikat sains Dow Chemical untuk menghasilkan aspal plastik. Ujian awal akan digunakan untuk lot parkir, jalan raya dalam bandar dan laluan pejalan kaki atau kaki lima. Apabila segalan keperluan kualiti dan keselamatan dipenuhi, barulah ia akan dibuat secara besar-besaran.

"Walaupun berbangga menjadi perintis di kawasan ini, kami sangat berharap kami bukan yang terakhir atau satu-satunya melakukan semua ini. Penyelidikan sudah dibuat dan siap sedia untuk semua orang, dan kami gembira untuk berkongsi proses dan pengalaman kami. Akhirnya inovasi ini akan memanfaatkan alam sekitar yang kita kongsi bersama," kata Ramin lagi.

BACA >>> Lalu Lintas Sesak Punca Sakit Mental? Risiko Semakin Tinggi Jika Tinggal Dekat Jalan Raya Sibuk

Filipina bukan negara pertama menggunakan plastik untuk membangunkan jalan raya. Teknologi sama juga pernah digunakan di Thailand, India dan Indonesia.

SUMBER: Carmudi

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Filipina, Jalan Plastik, Jalan Raya Mesra Alam, Jalan Raya Plastik, Kitar Semula, Mesra Alam, Plastik Kitar Semula, Ramin S Ang, San Miguel Corporation (SMC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my