• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kajian: Semakin Sesak Jalan Raya, Semakin Tinggi Risiko Sakit Mental

Kajian: Semakin Sesak Jalan Raya, Semakin Tinggi Risiko Sakit Mental

January 8, 2017 By AO 1 Comment

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KESIBUKAN lalu lintas dikatakan menjadi antara punca utama yang menyebabkan seseorang itu menghidap dementia atau penyakit berkaitan mental. Menurut kajian, semakin sesak sesuatu jalan raya itu, semakin tinggi risiko anda menghidap dementia.

APAKAH ITU DEMENTIA?

Dementia ialah istilah umum mengenai simptom kemerosotan kemampuan mental seseorang yang cukup untuk menjejaskan kemampuan dalam menguruskan urusan peribadi. Antara contoh dementia ialah hilang ingatan, pelupa hingga kepada penyakit Alzheimer (atau dalam bahasa umum dipanggil nyanyuk).

Mengenai gender pula, dementia ialah simptom yang boleh dihadapi setiap orang tidak kira sama ada lelaki atau wanita, dan tiada kaitan pula dengan genetik. Kajian terbaru disiarkan jurnal Lancet mendakwa 11 peratus kes dementia adalah membabitkan orang yang tinggal dalam lingkungan 50 meter dari kawasan lalu lintas yang sesak teruk.

Saintis tidak pasti adakah perkadaran itu disebabkan pencemaran dan pendedahan terhadap kebisingan trafik, tetapi sepasukan saintis bebas di Britain mengakui alasan itu sebagai munasabah.

BACA >>> Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas

SEMAKIN SIBUK JALAN RAYA, SEMAKIN TINGGI RISIKO DEMENTIA

https://popwrapped.com/wp-content/uploads/2016/07/alzehimer.jpg
Kajian pasukan saintis Kanada pula ke atas hampir 2 juta orang sejak 11 tahun lalu mendapati responden yang tinggal di jalan raya utama menunjukkan perkadaran relatif tinggi terhadap kes dementia dan berpotensi mengalami simptom berkenaan.

Risiko meningkat 7 peratus ke atas mereka yang tinggal dalam lingkungan 50 meter dari lalu lintas sibuk, manakala risiko bagi mereka yang tinggal 50-100 meter meningkat 4 peratus. Bagi penduduk antara 100-200 meter pula, risiko meningkat kepada 2 peratus.

Angkat tersebut juga dilaraskan bagi pelbagai pembolehubah lain seperti tabiat merokok, kemiskinan, obesiti, tahap pendidikan dan lain-lain. Walaupun masih bukan bukti yang muktamad, tetapi kajian menunjukkan terdapat saling kaitan antara dementia dan kesesakan lalu lintas.

BACA >>> Mazda Kumpul Dana RM303k Bantu Pesakit Buah Pinggang Buat Rawatan Hemodialisis

Dengan pertumbuhan bandar-bandar besar dan peningkatan populasi penduduk dunia, kadar dementia meningkat kepada tahap yang agak membimbangkan bagi sistem kesihatan.

Pengarah Pusat Dementia di Universiti Nottingham, Prof Tom Dening dipetik agensi berita BBC berkata, adalah munasabah bahawa pencemaran udara akibat pelepasan ekzos kenderaan berkemungkinan menyumbang kepada patologi otak dan meningkatkan risiko dementia.

Ini menjadi bukti tentang beberapa perkara yang menambah kepada ketidakselesaan seseorang yang tinggal di kawasan tumpuan trafik tinggi.

Tiada keraguan lagi hidup dalam keadaan pencemaran udara teruk adalah sangat tidak menyenangkan dan sukar untuk mengatakan ia bagus untuk seseorang," kata Dening.

SUMBER: CarThrottle

5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Alzheimer, Auto Terkini, autotainment, dementia, kajian, kesesakan lalu lintas, kesesakan trafik, kesesakan trafik punca masalah mental, penyakit mental, sakit mental

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my