Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Fiat 850 Selamba Naik Bukit dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-12R Berkuasa 178hp!
Autotainment

Fiat 850 Selamba Naik Bukit dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-12R Berkuasa 178hp!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FIAT 850 ialah sedan kecil yang diperkenalkan pada 1964 sebelum ditamatkan pengeluaran pada 1973. Model ini turut dieksport ke pasaran asing seperti Amerika Syarikat selepas tamat Perang Dunia Kedua (WWII).

Kereta dengan ciri ekonomi dan berharga bajet itu adalah pengganti kepada dua lagi model Fiat siri 500 dan 600. Sasaran pembeli pula bertumpu kepada golongan berkeluarga, khususnya di Itali.

Sepanjang hayat model selama 9 tahun itu, Fiat memperkenalkan empat lagi varian 850: Special, Familiare, Coupe dan Spider. Namun, Coupe dan Spider adalah varian paling disukai ramai.

BACA >>> Fiat 500 Spiaggina – Bangkitkan Memori Bercanda di Pantai Selatan Perancis

Fiat 850 menggunakan dua pilihan enjin 4-silinder, iaitu 843cc atau 903cc dengan padanan kotak gear 4-kelajuan. Enjin dipasangkan dalam but belakang dan menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD) dengan berat 670kg sahaja.

Walaupun sudah lama bersara, Fiat 850 kembali menjadi buruan ramai, terutama kaki kereta selepas beberapa rakaman video menunjukkan aksi model itu kereta melayan selekoh tajam pada acara perlumbaan mendaki bukit. Deruman ekzos kereta dengan kit badan lebar nampak seakan jentera Formula Satu (F1).

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2019/11/fiat-850-uphill.mp4

 

Namun fakta sebenarnya, Fiat 850 itu menggunakan unit enjin motosikal Kawasaki Ninja ZX-12R!

MAMPU LEDAK 178hp!

Mengenai Ninja ZX-12R, Kawasaki membina model itu pada 2000 dan tempoh pengeluaran bertahan hingga 2006. Model itu dikatakan mampu mencapai kelajuan lebih 300kmj yang diledakkan daripada enjin 1,199cc dan diiktiraf sebagai antara superbike paling berkuasa di dunia pada zamannya dengan kuasa kuda mencecahk 178hp!

Ia pasti angka kuasa menakjubkan memandang berat sedan itu cuma lebih separuh tan sahaja. Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan mengenai transmisi yang digunakan model Fiat 850 itu. Mungkin manual 6-kelajuan daripada Ninja ZX-12R atau transmisi sekuensial.

BACA >>> Fiat Rancang Bergabung dengan Renault dengan Perkongsian 50:50

SUMBER: Infomotori | Observador

Auto Terkini Fiat Fiat 850 Kawasaki Kawasaki Ninja ZX - 12R superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.