• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fiat Rancang Bergabung dengan Renault dengan Perkongsian 50:50

Fiat Rancang Bergabung dengan Renault dengan Perkongsian 50:50

May 28, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


FIAT dilaporkan bersetuju bergabung dengan Renault untuk membentuk pakatan pengeluar kereta ketiga terbesar dunia.

Gabungan bernilai £33 bilion (RM175 bilion) antara Fiat Chrysler Automobiles (FCA) dan Renault itu disahkan FCA menerusi satu kenyataan rasmi. Rundingan itu bakal menyaksikan Fiat dan Renault masing-masing memiliki pegangan saham 50 peratus, dan meraih penjimatan hingga €5 bilion (RM234.4 bilion) sebagai tambahan kepada apa yang dinikmati Renault dengan rakan pakatan sedia ada, iaitu Nissan dan Mitsubishi.

Pakatan baharu itu juga akan menggabungkan jualan tahunan dua pengeluar tersebut yang berjumlah 8.7 juta unit kenderaan, sekali gus berada di kedudukan ketiga dalam ranking pembuatan kereta antarabangsa di belakang Toyota dan Volkswagen.

Gabungan itu turut dapat mengurangkan kos pembuatan FCA menerusi perkongsian platform kereta baharu, enjin dan teknologi lain. Malah mampu mewujudkan portfolio lebih meluas untuk liputan pasaran daripada segmen mewah hingga arus perdana.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Hiroto Saikawa enggan mengulas terperinci mengenai gabungan Renault-FCA, tetapi menegaskan pihaknya sentiasa terbuka kepada sebarang perbincangan untuk menguatkan perikatan.

Sebarang rundingan antara Renault dan FCA memerlukan pembelian saham daripada Nissan sebelum FCA secara rasmi berada dalam perikatan Renault-Nissan.

SUMBER: AutoExpress

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Fiat, Fiat Chrysler Automobiles (FCA), Hiroto Saikawa, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!
    Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my