Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»EV Pertama Lexus, UX 300e Debut di China
Roda4

EV Pertama Lexus, UX 300e Debut di China

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LANGKAH Lexus melakukan debut model elektrik UX 300e di Auto Guangzhou 2019  cukup  signifikan buat masa depan pengeluar jenama mewah dari Jepun itu. Kenapa China?

Jawapannya, China ialah negara ekonomi terbesar dan akan menjadi pasaran utama UX 300e selain Jepun dan Eropah.

BACA >>> Lexus NX (2019) Kini dengan Ciri Semi Autonomi Termaju, Harga Bermula RM314k

Secara visual, UX 300e mengekalkan rekabentuk konvensional model siri UX. Apa yang berbeza adalah trenkuasa yang menggunakan motor elektrik sepenuhnya. Bahagian penutup minyak kini bersegi, dan bukan bulat seperti model petrol, juga bersaiz besar sebagai port mengecas.

Perubahan lain ialah aerodinamik baharu, profil memandu lebih rendah 20mm dan penutup bawah kenderaan yang direka semula untuk meningkatkan kecekapan. Kluster instrumen dalam kabin pula tidak berubah.

Di sebalik bonet, enjin pembakaran dalaman digantikan motor elektrik berkuasa 150kW (201hp) dan tork 300Nm. Di sebalik adalah pek bateri litium-ion berkapasiti 54.3kWh yang mampu menawarkan perbatuan sejauh 400km berasaskan kitaran pemanduan Eropah baharu (NEDC).

BACA >>> Lexus LC Inspiration Series – daripada Model Konsep kepada Kereta Edisi Terhad

Proses mengecas penuh SUV ini mengambil masa 50 minit dengan menggunakan soket pengecas pantas 50kW, atau tujuh jam untuk soket rumah standard 6.6kW. Selain itu, lokasi storan bateri di lantai memberikan ekstra ruang untuk bagasi selain membantu memberikan pengendalian lebih baik.

Lexus turut menala semula suspensi dan mengemas kini damper untuk jentera seberat 1,900kg ini. Ini termasuk menghasilkan teknologi Kawalan Bunyi Aktif (ASC) untuk efek bunyi natural sebagai pengganti deruman ekzos supaya pengguna jalan raya lain menyedari kelibat SUV ini.

UX 300e akan mula dijual di China dan Eropah pada awal 2020, manakala pasaran Jepun menyusul 2021. Setakat ini, belum ada maklumat terperinci mengenai harga dan spesifikasi lengkap UX 300e.

BACA >>> Lexus UX (2019), Cubaan Pengeluar Mewah Masuki Segmen Crossover Bajet

GALERI

SUMBER: Motor1

Auto Guangzhou 2019 EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kereta elektrik Lexus Lexus UX Lexus UX 300e Roda4 SUV SUV EV SUV kompak
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.