• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus NX (2019) Kini dengan Ciri Semi Autonomi Termaju, Harga Bermula RM314k

Lexus NX (2019) Kini dengan Ciri Semi Autonomi Termaju, Harga Bermula RM314k

June 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS NX diperkenalkan ke pasaran tempatan sekitar 2015, dan bagi model 2019 Lexus Malaysia menawarkan segudang ciri keselamatan termaju. Pakej keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+) membawa ciri keselamatan aktif ke stau penanda aras baharu yang lebih tinggi.

Tiada apa yang berubah dari segi luaran dan dalaman. Lexus cuma menjenamakan semula varian di bawah NX yang kini menjadi NX 300 berbanding NX 200 sebelumnya.

BACA >>> Lexus Tampil SUV Kompak Premium - NX Facelift dan 200t Special Edition

1. CIRI KESELAMATAN LEXUS PLUS

LEXUS NX300 PREMIUM_45
LEXUS NX300 PREMIUM_44
LEXUS NX300 PREMIUM_43

Fokus utama Lexus NX (2019) ialah ciri keselamatan aktif terkini yang mana kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah Jepun ini dilengkapkan ciri LSS+, terdiri daripada:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dengan Bantuan Brek
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA) dan Amaran Tukar Lorong (LDA)
  • Bantuan Selekoh Aktif (ACA)
  • Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)

Ciri keselamatan lain NX ialah Amaran Sokongan Parkir (PSA) dan Sistem Adaptif Suluh Tinggi (AHS). NX300 F Sport didatangkan dengan ciri tambahan Suspensi Variabel Adaptif (AVS), manakala NX300 Premium pula menampilkan Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Sistem Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).

BACA >>> PREVIU: Lexus NX Penuh Teknologi Terkini

* DRCC membolehkan pemandu menetapkan kelajuan dan jarak dengan kenderaan depan. Sistem akan menyesuaikan kelajuan dan jarak selamat mengikut kereta depan. Ia berfungsi bukan hanya pada kelajuan jelajah, tetapi di bawah 0kmj juga. Ini membolehkan sistem melaraskan halaju ketika memandu dalam lalu lintas sesak walaupun tanpa input terotel dan brek daripada pemandu.

* AHS mengoptimumkan sebaran suluhan lampu depan supaya tidak menyilaukan mata pemandu kereta depan atau dari arah bertentangan. NX didatangkan dengan 11 cip lampu LED berasingan pada satu sisi lampu depan yang membolehkan ia dimatikan/dihidupkan untuk sebaran lampu lebih tepat.

2. ADA 3 VARIAN, TIADA LAGI VERSI HIBRID

Dijadualkan berada di pasaran pada 22 Jun ini dalam 3 pilihan varian. Berikut senarai harga mengikut model di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans. Bagi model 2019, varian hibrid tiada lagi dalam senarai NX.

  • Lexus NX300 Urban - RM313,888
  • Lexus NX300 Premium - RM333,888
  • Lexus NX300 F Sport - RM349,888

3. ENJIN 2.0L, 235hp, 350Nm

Enjin digunakan masih sama, 4-silinder petrol 2.0L berkuasa 235hp @ 4,800-5,600rpm dan tork 350Nm @ 1,650-4,000rpm, serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan (6 Super ECT) dengan kawalan Torque-Demand. Ada 3 mod pemanduan boleh dipilih: Normal, Eco dan Sport menerusi tombol pada konsol tengah. Varian F Sport didatangkan dengan tambahan mod Sports S+.

BACA>>>7 Fakta Pantas | Lexus NX 300h Sport dengan Gaya Eksklusif

4. REKABENTUK LUARAN KONSEP URBAN SPORT GEAR

LEXUS NX300 PREMIUM_26
LEXUS NX300 PREMIUM_31
LEXUS NX300 PREMIUM_37

Bahagian depan masih mempertaruhkan gril spindel sebagai signatur jenama Lexus bersama lampu signal seirama lebih dinamik. NX300 F Sport dibezakan menerusi gril hitam jet yang digunakan pada Lexus RC-F. Varian Premium dan Urban didatangkan dengan rim aloi 18 inci dua tona, manakala rim F Sport disembur cat Dark Premium Metalik eksklusif dengan tayar lebar 235/55R18.

BACA >>> Lexus UX (2019), Cubaan Pengeluar Mewah Masuki Segmen Crossover Bajet

5. WARANTI TANPA HAD PERBATUAN

Semua model Lexus ini didatangkan dengan jaminan 5 tahun dengan perbatuan tanpa had yang pasti melegakan pemilik jenama mewah ini.

GALERI

Artikel Berkaitan

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Lexus, Lexus Malaysia, Lexus NX, Lexus NX300 F Sport, Lexus NX300 Premium, Lexus NX300 Urban, SUV, SUV kompak mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my