Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»ETCM Perkenal Nissan Navara PRO-4X (2021), Harga Masih Misteri
Roda4

ETCM Perkenal Nissan Navara PRO-4X (2021), Harga Masih Misteri

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WAKIL pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan varian tertinggi Navara (2021), dinamakan Navara PRO-4X, dan akan dijual secara rasmi bermula 16 April depan.

Bagaimanapun, ETCM masih berteka-teki mengenai harga trak pikap tersebut. Berikut ciri menarik ditawarkan Navara PRO-4X:

  • Dikuasakan enjin diesel 4-silinder turbo DOHC berkuasa 187hp @ 3,600rpm dan tork 450Nm @ 2,000rpm berserta transmisi automatik 7-kelajuan dengan mod manual.
  • Ada empat pilihan warna baharu: Stealth Grey (kelabu), Burning Red (merah), Pearl White (putih) dan Black Star (hitam). 

  • Tampil dengan gril depan dengan paten ‘Interlock’ hitam yang sesuai dengan julukan ‘Mother Trucker’. Ada beberapa kemasan hitam lain seperti cermin sisi, hendal pintu, pemijak kaki, rel bumbung dan rim 17 inci. Tayar menggunakan jenis pelbagai rupa bumi (all-terrain).
  • Suspensi belakang menggunakan Multilink dengan spring koil dwi-tahap (Dual Rate Coil Springs) untuk mengurangkan olengan badan dan memberi lebih kestabilan.

  • Mempunyai dimensi badan dengan tambahan panjang 5mm, lebar 25mm dan tinggi 15mm, manakala jarak roda kekal sama.

  • Lampu depan menggunakan projektor LED kuad dan lampu siang (DRL) bentuk C. Lampu belakang pula jenis LED bentuk C dengan lencana ’NAVARA’ tertera pada pintu but belakang.

  • Ruang kabin kini lebih senyap dengan penggunaan sistem akustik pengasingan bunyi pada cermin depan dan tingkap. 
  • Kluster instrumen menggunakan skrin definisi tinggi (HD) 7 inci warna penuh bernama Paparan Digital Bantuan-Pemandu Termaju (ADAD).
  • Unit infotainment menggunakan skrin sentuh 8 inci dengan ciri konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.

  • Kerusi juga lebih selesa untuk pemandu dan penumpang depan menerusi penggunaan material kulit berkonsepkan graviti sifar Zero-Gravity Inspired Leather Seats. Kerusi belakang pula mendapat sokongan peha dan penyandar melengkung. Juga disediakan empat port USB untuk mengecas telefon pintar. 
  • Trak pikap turut dilengkapkan teknologi Monitor Pandang Keliling Pintar (I-AVM) dengan mod pandu off-road.
  • Teknologi lain ialah Brek Kecemasan Depan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking, i-FEB), Amaran Pemandu Pintar (Intelligent Driver Alertness, IDA), Bantuan Lampu Tinggi (HBA), Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Pengesan Objek Gerak Pintar (IMOD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VSC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.nissan.com.my atau hubungi talian 1800-88-3838

BACA >>> Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?
BACA >>> #Spyshot: Bocor Imej Nissan 400Z Versi Pengeluaran!

Edaran Tan Chong Motor Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM Nissan nissan navara pro-4x Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.