Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Espargaro Hairan Binder (yang Cuma Menang Moto3 Sekali) Dapat Terus Naik MotoGP
Auto Terkini

Espargaro Hairan Binder (yang Cuma Menang Moto3 Sekali) Dapat Terus Naik MotoGP

WahidBy Wahid27/10/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Aprilia MotoGP, Aleix Espargaro menganggap keputusan merekrut naik Darryn Binder terus ke kelas MotoGP dari Moto3 sebagai pelik.

Darryn ialah adik kepada Brad Binder yang menunggang untuk pasukan Red Bull KTM Factory Racing. Binder musim ini menunggang untuk Petronas Sprinta Racing dengan hanya pernah memenagi satu perlumbaan Moto3 sepanjang tujuh tahun di sana.

BACA >>> Darryn Binder Sertai Pasukan RNF MotoGP Musim Depan, Yamaha Bekal Jentera YZF-M1
BACA >>> Aleix Espargaro Sambung Kontrak dengan Aprilia Dua Musim Lagi, Sampai 2022

Darryn dan Lin Jarvis

Apa yang pelik menurut Espargaro, semua pelumba MotoGP memulakan karier dalam Moto3 sebelum berpindah ke Moto2 dan akhirnya MotoGP. Namun, pasukan RNF (Petronas Yamaha Sepang Racing Team tahun ini) sudah menandatangani kontrak dengan Darryn untuk menunggang Yamaha YZR-M1 tahun depan tanpa berlumba dalam kelas Moto2 terlebih dahulu.

Ini juga kali kedua dalam sejarah MotoGP seseorang pelumba berhijrah ke kelas premier itu tanpa menyertai Moto2. Pertama kali dilakukan Jack Miller yang diserap ke pasukan LCR Honda pada 2015. Namun, Miller ketika itu menunggang jentera CRT, iaitu motosikal dengan trenkuasa model pengeluaran yang diubah suai, bukan enjin prototaip jentera pengilang (factory) seperti YZR-M1.

“Aku tak nak komen banyak pasal perpindahan ini, tapi aku tak suka.”

“Inilah yang aku tak faham. Bukan aku tak suka, tapi aku tak dapat nak cari sebab kenapa semua ini boleh berlaku? Hmmm…”

BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!
BACA >>> Pusingan Pertama GP Qatar Selesai, Apa Rekod yang Pecah?

Espargaro juga berpendapat mungkin Binder tidak dapat menunggang lebih cemerlang dalam kelas Moto3 kerana bertubuh tinggi dan tidak serasi dengan jentera Moto3 yang kecil.

“Sebab itulah ada Moto2 untuk rider berbadan lebih besar atau tinggi.”

“Dia pun bukan rider yang menang banyak atau dapat podium. Dia pun tak pernah dapat tiga terbaik sepanjang musim Moto3 dan dia boleh terus naik ke kelas MotoGP. Mungkin ada benda yang aku tak tau.”
Aleix Espargaro darryn binder Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP 2022 RNF MotoGP Racing. roda2 sukan permotoran
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026

    1 Comment

    1. Alson P on 29/10/2021 10:55

      Brenda ni Aku sependapat dengan Espargaro…
      Melainkan jika Binder juara dunia moto3 baru layak terus Naik MotoGP….

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.