EXPRESS Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan DK Leather Seats Sdn Bhd (DK Schweizer) hari ini secara rasmi menjalinkan kerjasama strategik memperkenalkan kerusi kulit premium baharu bagi perkhidmatan VIP dalam tren KLIA Ekspres.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ERL, Noormah Mohd Noor pada majlis perasmian di KL Sentral tadi berkata;
Di ERL, kami mengalukan sebarang bentuk kerjasama yang akan memberi manfaat kepada penumpang. Penting bagi kami untuk sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi dalam usaha menyediakan perjalanan yang selesa dan lancar kepada penumpang."
"DK Schweizer terkenal dalam kalangan industri automotif dalam menyediakan upholsteri kulit berkualiti seluruh dunia dan kami sangat teruja kerana tempat duduk kulit premium terkenal ini dibuat khas untuk kerusi Perkhidmatan VIP khusus dalam tren KLIA Ekspres kami."
Kerusi kulit premium KLIA Ekspres diperoleh daripada pembekal terkenal dari Itali dan Amerika Selatan. Malah setiap bahagian kulit kerusi tersebut adalah mengikut piawaian automotif ketat.
Justeru penumpang bakal merasai pengalaman tempat duduk baharu yang lebih eksklusif apabila membeli pakej perkhidmatan VIP ke lapangan terbang.
Berikut perkhidmatan disediakan dalam pakej VIP:
- Pemindahan lapangan terbang pintu ke pintu eksklusif untuk perjalanan sehala atau pergi-balik dengan KLIA Ekspres.
- Ada pemandu kereta khas.
- Ada porter khas untuk bantuan bagasi.
Leave a Reply