Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»EPMB Tandatangan MoU untuk Pembuatan, CKD Kenderaan GWM di Malaysia
Auto Terkini

EPMB Tandatangan MoU untuk Pembuatan, CKD Kenderaan GWM di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman20/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT papan saham utama EP Manufacturing Berhad (EPMB) mengumumkan subsidiarinya, PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd baru saja menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd (GWM Malaysia).

Sebagai makluman, GWM Malaysia ialah subsidiari bawah Great Wall Motor Co Ltd (GWM) yang bertanggungjawab atas pembuatan dan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan GWM di Malaysia.

Di bawah MoU itu, EPMB dan GWM Malaysia bersedia mendorong kerjasama ke arah perjanjian muktamad dalam masa tiga bulan mendatang.

Ini memberikan EPMB peranan penting dalam kerja pemasangan tempatan model GWM terpilih di Malaysia, melibatkan  barisan model utama kenderaan utiliti sukan (SUV), trak pikap dan kenderaan elektrik (EV).

Kolaborasi itu juga langkah strategik ke arah memajukan sektor pemasangan kenderaan tempatan yang selari visi Kerajaan Malaysia mahu meningkatkan keupayaan automotif dan sumbangan penting kepada pertumbuhan industri negara.

EPMB menjangka memulakan kolaborasi tersebut bermula 2024 melibatkan pengeluaran kenderaan GWM yang akan dipertingkat saban tahun hingga mencapai kapasiti 20,000 unit menjelang 2028.

BACA >>> GWM Malaysia Perkenal Pelan Tukar Kereta ICE kepada BEV!
BACA >>> GWM Malaysia Lancar Pusat 4S Pertama di USJ Subang

Auto Terkini EP Manufacturing Berhad (EPMB) EPMB Great Wall Motor Co Ltd Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn Bhd GWM GWM Malaysia PEPS-JV (Melaka) Sdn Bhd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.