Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»EON Berhad Lancar Bilik Pameran Proton e.MAS di Glenmarie
Auto Terkini

EON Berhad Lancar Bilik Pameran Proton e.MAS di Glenmarie

SyafieBy Syafie10/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

EON Berhad yang merupakan pengedar automotif utama di Malaysia dengan bangganya melancarkan bilik pameran Proton e.MAS di Glenmarie, Shah Alam, sebagai sebahagian daripada sokongan terhadap peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari dan era kenderaan elektrik (EV).

Pelancaran ini bertepatan dengan permulaan EON & Sahabat Festival of New Beginnings 2025, sebuah perayaan tiga hari dari 10 hingga 12 Januari 2025, yang merangkumi pelbagai aktiviti menarik.

Bilik Pameran untuk Mobiliti Masa Depan

Bilik pameran ini berkeluasan 5,457 kaki persegi, menggabungkan rekabentuk model dan teknologi canggih untuk memberikan pengalaman lebih baik kepada pelanggan. Fasiliti ini menawarkan:

  • Kawasan pameran khas untuk model Proton e.MAS
  • Zon konsultasi untuk perkhidmatan peribadi
  • Operasi servis yang canggih untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan efisien.

Bilik pameran ini juga dibuka dari Isnin hingga Sabtu (8.30 pagi – 5.30 petang), Ahad dan Cuti Umum (10 pagi – 4 petang).

CEO EON Berhad, Akkbar Daniel berkata;

Pembukaan bilik pameran ini mencerminkan visi EON untuk menjadi peneraju dalam transformasi EV Malaysia serta komitmen kami terhadap inovasi dan kelestarian.”

Lokasi Strategik dan Kemudahan Lengkap

Bilik pameran ini terletak di kompleks ibu pejabat EON di Glenmarie, bersebelahan bilik pameran EV smart yang menjadikan ia hab EV menarik di Lembah Klang. Kompleks ini juga dilengkapi kawasan parkir kereta luas dan pengecas DC bagi memudahkan pemilik EV.

Selain itu, kompleks ini juga mempunyai EON Autospa untuk perkhidmatan auto detailing dan outlet AVIS Malaysia untuk sewaan kereta yang menambahkan lagi kemudahan buat pelanggan.

Memimpin Mobiliti Lestari dengan Proton e.MAS

Pelancaran ini juga mengukuhkan kedudukan EON sebagai pengedar utama Proton dan penyedia utama jualan EV, dengan Proton e.MAS 7 menjadi EV nasional pertama di Malaysia.

Sejak penubuhannya pada 1984, EON sudah menjual lebih 2 juta unit kenderaan Proton, dan akan terus melabur dalam teknologi serta latihan pakar e.MAS untuk memberikan pendidikan mengenai pemilikan EV, butiran teknikal, dan pilihan pembiayaan.

Sambutan Ulang Tahun ke-40 

EON & Sahabat Festival of New Beginnings 2025 mempamerkan inovasi dan kerjasama melalui pelbagai aktiviti keluarga, pameran kenderaan, dan pandu uji. Beberapa tawaran menarik turut disediakan seperti:

  • Kelulusan pinjaman kenderaan pada hari yang sama
  • Rebat khas dan tawaran eksklusif
  • Hadiah menarik termasuk koleksi kereta Hot-Wheels (lebih 700 unit)
  • Kadar pembiayaan sewa beli terendah iaitu serendah 1.98 peratus

Festival ini juga menandakan penutupan kempen AEON x EON #samasama40 Spend & Win, yang akan menyaksikan pemberian hadiah utama Proton X90 Flagship, smart #1, Mitsubishi Xpander, dan Audi Q8 eTron kepada pemenang bertuah pada 11 Januari 2025.

Dengan perayaan 40 tahun kejayaan, EON terus berkembang ke arah penyelesaian lestari dan inovasi digital, serta kekal sebagai peneraju dalam evolusi automotif Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai bilik pameran Proton e.MAS dan kemas kini acara akan datang boleh layari www.eon.com.my.

Auto Terkini EON Berhad Kenderaan Elektrik (EV) Proton Proton e.MAS 7
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    25/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Elektrifikasi

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.