Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton e.MAS 7 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM105k
Auto Terkini

Proton e.MAS 7 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM105k

SyafieBy Syafie18/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama, Proton e.MAS 7 2025 yang didatangkan dalam dua varian, Prime dan Premium pada harga atas jalan, tidak termasuk insuran seperti berikut:

  • Proton e.MAS 7 Prime – RM109,800
  • Proton e.MAS 7 Premium – RM123,800

Proton turut menawarkan rebat RM4,000 kepada 3,000 pembeli terawal dengan harga selepas rebat RM105,800 untuk Prime, dan RM119,800 untuk Premium.

Kedua-dua varian ditawarkan dalam lima warna pilihan, iaitu Platinum Silver (perak), Turqoise Green (hijau), Slate Grey (kelabu), Quartz Rose (merah jambu), dan Lithium White (putih). Bahagian dalaman pula hanya ada satu skema warna, iaitu Indigo Blue (biru).

Menurut Proton, model EV ini juga sudah menjalani ujian rempuhan Asean NCAP pada November lalu dan meraih rating 5-bintang dengan skor terkumpul 92.57 mata.

Berikut perincian Proton e.MAS 7 2025:

1. Proton e.MAS 7 Prime

  • Memiliki dimensi panjang 4,615mm, lebar 1,901mm, dan tinggi 1,670mm, manakala jarak roda 2,750mm.
  • Berat 1,662kg.
  • Kapasiti but belakang 461 liter (minimum), dan 1,877 liter (maksimum).
  • Menggunakan bateri bilah pendek AEGIS Short Blade berkapasiti 49.52kWj.
  • Jarak pemanduan 345km mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP), dan 410km  mengikut ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
  • Kapasiti pengecasan pantas (DC) 80kW dan pengecas standard AC, 11kW.
  • Pengecasan DC untuk 30-80 peratus mengambil masa 20 minit, manakala AC untuk 10-80 peratus pula mengambil masa 4.9 jam.
Spesifikasi
  • Menggunakan Motor Bersepadu 12-dalam-1 (12-1 Integrated Motor) dengan output kuasa 160kW (214hp) dan tork 320Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 6.9 saat.
  • Kelajuan maksimum 175kmj.
  • Menggunakan stereng berkuasa elektrik (EPS) dan brek parkir elektrik (EPB).
  • Sistem suspensi strut MacPherson di depan, dan Multi-Link (belakang).
  • Sistem brek cakera ventilasi (depan), dan cakera solid (belakang).
  • Rim aloi 18 inci dengan tayar 225/55.

2. Proton e.MAS 7 Premium

  • Memiliki dimensi panjang 4,615mm, lebar 1,901mm, dan tinggi 1,670mm, manakala jarak roda 2,750mm.
  • Berat 1,765kg.
  • Kapasiti but 461 liter (minimum), dan 1,877 liter (maksimum).
  • Menggunakan bateri bilah pendek AEGIS Short Blade berkapasiti 60.22kWj.
  • Jarak pemanduan 410km (WLTP), dan 470km (NEDC)
  • Dilengkapi pengecas DC 100kW dan AC 11kW.
  • Pengecasan DC 30-80 peratus mengambil masa 20 minit dan AC 10-80 peratus pula 6.1 jam.
Spesifikasi
  • Menggunakan Motor Bersepadu 12-dalam-1 (12-1 Integrated Motor) dengan output kuasa 160kW (214hp) dan tork 320Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 7.1 saat.
  • Kelajuan maksimum 175kmj.
  • Dilengkapi stereng berkuasa elektrik (EPS), dan brek parkir elektrik (EPB).
  • Sistem suspensi strut MacPherson di depan, dan Multi-Link (belakang).
  • Sistem brek cakera ventilasi (depan), dan cakera solid (belakang).
  • rim aloi 19 inci dengan tayar 235/50.

PAKEJ PEMBELIAN

Setiap pembelian layak mendapat pakej bernilai hingga RM8,000, terdiri daripada:

  • Power Home: Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500.
  • Power Plus: Adaptor V2L bernilai RM500.
  • Power Financing: Kadar faedah serendah 1.98 peratus, bernilai hingga RM3,000.
  • Power Online: Data Internet tanpa had selama lima tahun, bernilai RM1,800.
  • PowerExchange: Rebat tukar beli (trade-in) untuk pemilik Proton daripada Carsome bernilai RM1,200.
  • Power Thru: Waranti kenderaan selama 6 tahun, dan waranti komponen, termasuk bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000km jarak perbatuan (mana satu tiba dulu).

Proton e.MAS 7 Prime

Proton e.MAS 7 Prime
Proton e.MAS 7 Prime

Proton e.MAS7 Premium

Proton e.MAS 7 Premium

Sistem Proton e.MAS 7

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Proton Proton e.MAS 7 Proton e.MAS 7 2025 Proton e.MAS 7 Premium Proton e.MAS 7 Prime
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.