Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ekzos Bising Lebih Selamat untuk 4 Situasi Ini, Setuju atau Tidak?
Autotainment

Ekzos Bising Lebih Selamat untuk 4 Situasi Ini, Setuju atau Tidak?

ZYBy ZY24/02/20214 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

“LOUD pipes save lives”

Atau terjemahannya ‘ekzos lantang selamatkan nyawa’ ialah ungkapan yang kerap digunakan penunggang seluruh dunia untuk mewajarkan ubah suai sistem ekzos motosikal mereka.

Namun ia tidak dipersetujui penggubal undang-undang, termasuk jiran tetangga atas alasan ekzos bising akan mengganggu ketenteraman awam. Malah, diperkuatkan pula hujah itu dengan fakta sistem ekzos menghala ke belakang, dan tidak dapat berfungsi sebagai pemberi amaran kepada pengguna jalan raya lain di depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 9 Punca Kenapa Ekzos Motosikal Anda Keluar Asap Putih

Bagaimanapun, selaku pemilik motosikal sendiri, penulis rasa alasan itu terlalu dangkal. Berikut 4 senario yang menunjukkan sistem ekzos yang lebih ‘bising’ ialah terbukti lebih selamat.

1. Kenal Pasti Posisi Penunggang Lain Ketika Trafik Sesak


Antara masalah utama kerap dihadapi penunggang bandar ialah jalan raya yang sentiasa sesak. Bahaya dalam situasi ini bukan saja berpunca disebabkan kenderaan lain, tetapi penunggang motosikal juga.

 

Antaranya, ada penunggang yang gemar mencelah terlalu laju dan menukar lorong terlalu cepat tanpa menilai situasi keliling terlebih dahulu. Menunggang motosikal dengan ekzos lantang bermakna kehadiran penunggang lebih mudah disedari, terutama apabila ada banyak halangan penglihatan atau titik buta (blind spot) daripada kenderaan besar lain.

2. Lancarkan Aliran Lorong Motosikal


Bukan saja di jalan raya, kelebihan ekzos lantang juga bagus ketika menunggang di lorong khas motosikal. Kebanyakan motosikal yang menunggang di laluan ini rata-ratanya berkuasa rendah. Situasi ini menyukarkan penunggang motosikal laju untuk memotong kerana orang di depan kadangkala menukar laluan secara tiba-tiba (kebiasaannya untuk mengelak halangan seperti ranting kayu atau objek lain di tepi jalan).

Memandangkan laluan motosikal kebiasaannya berdekatan lereng bukit atau tembok, pantulan gema dari ekzos lantang akan lebih mudah didengari, sekali gus memudahkan penunggang depan membuka laluan supaya mudah dipotong.

3. Kenal Pasti Kehadiran Penunggang Lain di Kawasan Selekoh

Penunggang motosikal tidak kira sesaran rendah atau tinggi gemar meluangkan hujung minggu meratah selekoh jalan raya. Walaupun berisiko tinggi (melainkan ada undang-undang menyekat trend ini), lebih baik ia ditambah baik dari segi keselamatan daripada penunggang sendiri.

Ekzos yang lantang akan bertindak sebagai ‘amaran’ kepada penunggang lain, terutama yang menunggang di arah bertentangan dan datang dari sebalik kawasan titik buta (blind spot).

4. Elak Jadi Mangsa Curi


Jika ditanya mangsa kecurian motosikal, boleh dikatakan ramai mengaku memiliki motosikal spesifikasi standard. Tidak menghairankan, motosikal kondisi sebegini lebih bernilai di pasaran jual beli terpakai.

Tetapi bukan itu saja alasannya, antara sebab pencuri memilih motosikal kondisi standard ialah mengelak diri jadi perhatian umum. Motosikal yang sudah diubah suai sistem ekzos kuat pasti mudah menarik perhatian jiran, jadi sebagai langkah berjaga-jaga, pencuri lebih cenderung memilih motosikal dengan sistem ekzos standard.

Dalam situasi parkir seperti di atas, melainkan motosikal anda memang sudah jadi sasaran pencuri, kebiasaannya motosikal spesifikasi standard lebih berpotensi jadi mangsa.

BACA >>> Naik Taraf Ekzos Aftermarket – ‘Slip On’ atau ‘Full System’? Mana Satu Pilihan Terbaik?


KESIMPULAN

Tiada kajian khusus untuk membuktikan hujah penulis di atas, tetapi sebagai penunggang berpengalaman menempuh situasi sama, perbezaan jelas dapat dilihat antara pemilik motosikal ekzos lantang dan pemilik ekzos standard yang senyap.

Apa yang penting, pastikan ubah suai sistem ekzos anda itu dibuat secara berpada-pada. Hormatlah jiran dan pengguna jalan raya lain. Ingat,bukan anda saja yang ada motosikal!

denda ekzos bising ekzos bising ekzos bising lebih selamat loud pipes save lives ubah suai ekzos
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

4 Comments

  1. Asnizam on 29/11/2018 00:37

    Setuju.. banyak kebenaranya..bukan semua owner motor ekzos bising merempit setiap masa.. biasanya otai2 ni bawa motor cool je..tidaklah pandu macam dalam litar..

    Reply
  2. Ronnie on 18/10/2020 19:48

    Sy pun bersetuju,sbb sy sendiri pun menggunakan ekzos bising dgn muffler 3 lobang,utk megelak dr kereta memotong dgn tiba2 semasa dlm kesesakan

    Reply
  3. Mohd Nazran on 24/02/2021 11:20

    Setuju sgt..sy dah 4x dihimpit oleh pemandu yg tukar lane tanpa signal..nasib xlaju…

    Reply
  4. Lan on 02/03/2021 13:25

    Setuju dgn brother ni

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.