Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Naik Taraf Ekzos Aftermarket – ‘Slip On’ atau ‘Full System’? Mana Satu Pilihan Terbaik?
Autotainment

Naik Taraf Ekzos Aftermarket – ‘Slip On’ atau ‘Full System’? Mana Satu Pilihan Terbaik?

ZYBy ZY18/11/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA baru saja selesai mengenali asas konfigurasi ekzos motosikal dalam artikel terdahulu (baca SINI) yang terbahagi kepada tiga seksyen, iaitu header, midpipe dan mufler. Anda turut dimaklumkan tentang pembahagian dua metod modifikasi ekzos aftermarket yang kerap dilakukan ramai penunggang.

Justeru artikel kali ini akan memperincikan dua metod modifikasi tersebut, iaitu Slip On dan Full System. Secara mudah, Slip On cuma melibatkan pengubahsuaian set mufler, manakala Full System membabitkan keseluruhan konfigurasi ekzos daripada header, midpipe dan mufler, termasuk melakukan talaan semula ke atas enjin.

Selamat membaca!

1. SLIP-ON

Lihat perbezaan mufler slip on yang menggunakan material berbeza berbanding midpipe dan header.

Jika memasang mufler aftermarket tanpa melakukan perubahan terhadap header dan midpipe asal, modifikasi ekzos cara Slip On ini cuma memberikan nilai tambah terhadap gaya dan kelantangan bunyi, termasuk sedikit peningkatan kuasa. Kadangkala tiada langsung peningkatan.

Berita baiknya, modifikasi Slip On lebih selamat berbanding Full System kerana kurang gangguan ke atas nisbah udara dan bahan api dalam enjin dan masih dapat dibetulkan sensor O2 tanpa melibatkan sebarang talaan tambahan yang pasti melibatkan kos tambahan lain.

BACA >>> Sebelum Mahu ‘Slip On’ atau ‘Full System’, Kenali Dulu Ekzos Motosikal Anda!

Jika anda inginkan kuasa tanpa mahu memeningkan kepala memikirkan hal enjin di sana sini, sesetengah pakej Slip On ada menawarkan modifikasi ringkas bersama komponen berprestasi seperti aci sesondol (camshaft) prestasi tinggi. Pakej tersebut mampu meningkatkan kuasa berbanding Slip On biasa tanpa memerlukan modifikasi dan talaan enjin yang rumit.

Selain itu, proses penukaran Slip On juga cukup mudah dan boleh dilakukan sendiri, terutama jika anda membeli secara atas talian yang kebiasaannya menawarkan harga lebih murah berbanding kedai fizikal. Mengenai harga, bagi jenama dan model sama, tawaran harga Slip On adalah kira-kira 50 peratus daripada harga yang ditawarkan untuk set Full System.

Inilah antara sebab kenapa anda perlu memasang Slip On sebelum komited beralih kepada Full System jika tujuan anda sekadar mahukan rupa dan bunyi lebih padu.

2. FULL SYSTEM

Bukan sekadar kuasa, ekzos Full System juga tampak lebih garang dengan material mewah seperti titanium.

Seperti namanya, set ekzos aftermarket Full System membabitkan proses menukar keseluruhan sistem ekzos daripada header hingga mufler kepada komponen prestasi tinggi, sekali gus menjadikan metod modifikasi begini lebih mahal berbanding set Slip On.

Ya, lebih mahal dan rumit, tetapi apa yang dapat anda capai adalah peningkatan kuasa sekitar 10-15 peratus. Bagi motosikal sesaran kecil, 150cc ke bawah, peningkatan kuasa diperoleh sekitar 1-1.5hp, dan motosikal 250cc (2-4hp), bergantung kepada kuasa jentera anda.

BACA >>> Efek ‘Scavenging’ dan Mitos ‘Backpressure’ pada Sistem Ekzos yang Perlu Anda Tahu

Namun, metod modifikasi Full System tidak selesai dengan hanya menukar komponen ekzos. Memandangkan seluruh bukaan ekzos lebih lawas, ini bermakna nisbah masukan udara dan bahan api ke dalam enjin WAJIB ditala semula untuk menjadikan kitaran enjin lebih efisien. Jika tidak, enjin motosikal anda akan beroperasi dalam keadaan kurang cekap, atau dipanggil pembakaran lean. Situasi ini berisiko menjejaskan prestasi dan ketahanan enjin.

Bagaimana Mengetahui Enjin Perlu Ditala Semula?

Kebiasaannya, enjin dengan modifikasi Full System perlu ditala semua jika berlaku situasi rencatan prestasi enjin pada rev (RPM) tinggi, dan letupan kecil ketika melepaskan terotel. Anda patut berjaga-jaga, ramai penunggang beranggapan letupan itu menandakan enjin mereka jadi lebih berkuasa, sebaliknya situasi tersebut menandakan enjin dan sistem ekzos sedang dalam masalah.

Proses talaan dibuat berasaskan sistem bahan api motosikal, sama ada karburetor atau suntikan bahan api. Bagi motosikal karburetor, talaan jadi lebih mudah dan murah dengan kit jetting. Namun, rata-rata motosikal masa kini adalah daripada jenis suntikan bahan api yang diatur unit kawalan elektronik (ECU).

Kos tambahan paling minimum perlu dikeluarkan untuk mendapatkan alat kawalan bahan api sokongan (fuel controller), termasuk melakukan pemetaan kawalan bahan api (mapping) yang boleh dimuat turun daripada laman web pengeluar ekzos aftermarket.

Hasil lebih baik juga bergantung kepada jenis ekzos yang dipilih, termasuk menukar penapis angin (air filter) prestasi tinggi, dan melakukan ujian dyno. Semua proses tersebut bukanlah percuma.

Slip On Mahal vs Full System Murah?
Jenama Termignoni pun ada. Kalau berani sarunglah ke Ducati anda 😉

Akhir sekali, jika sudah melakukan survei mengenai ekzos manakah yang mahu dipadankan, anda mungkin akan dapati kebanyakan ekzos Full System adalah berjenama kurang terkenal atau diklonkan, dan berharga lebih murah berbanding Slip On jenama terkenal.

Ingat kata pepatah Inggeris, ‘You Get What You Pay For’ (Anda Dapat Apa yang Anda Bayar). Bukan mahu memperlekehkan kualiti ekzos murah, tetapi berdasarkan maklum balas dan pengalaman penunggang yang pernah memasang ekzos sebegitu. Ramai mendakwa set ekzos tersebut memang berkualiti rendah berbanding ekzos berjenama yang dihasilkan daripada proses kajian dan penyelidikan (R&D) menyeluruh.

Bagi motosikal berkuasa rendah (dan murah), ekzos-ekzos murah itu masih boleh digunapakai. Tetapi, jika anda penunggang motosikal lebih berkuasa, jentera anda berdepan risiko tinggi mengalami kerosakan ekzos dalam masa singkat. Lebih membimbangkan, kerosakan berkenaan cenderung berlaku ketika motosikal dilenjan dalam kelajuan tinggi. Berani?

Bagaimanakah Pula Ekzos Slip On Berjenama Mahal? Apakah Lebih Berbaloi?

Terpulang kepada kemahuan dan bajet. Pada harga bermula sekitar RM700-900 hingga mencecah ribuan ringgit bagi set Slip On berkualiti mengikut jenis motosikal, peningkatan dari segi rupa dan gaya saja mungkin tidak sepadan kos yang dilaburkan.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih menyimpan salinan geran. Jadi, lebih baik wang itu digunakan untuk melunas bayaran bulanan. Tetapi jika anda berkemampuan, dan situasi pula mengizinkan (tidak mengganggu ketenteraman jiran tetangga dan bermasam muka dengan isteri), menukar ekzos asal kepada set Slip On berjenama terkenal sebenarnya sudah cukup meningkatkan prestij jentera tempur kesayangan anda.


Anda rasa artikel ini bermanfaat? Perkongsian dan komen ilmiah dialu-alukan di bawah.

aftermarket exhaust akrapovic autotainment bazzaz ekzos aftermarket full system modifikasi ekzos aftermarket roda2 sc project sistem ekzos slip on tuneboss yoshimura
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

15/05/2026
Roda2

MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

15/05/2026
Roda2

Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

14/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

14/05/2026

1 Comment

  1. Hakim on 17/08/2018 21:46

    Boss, ada jenis slip on midpipe ngan mufler je tukar yg header x tkr pkai std kilang cuma midpipe dan mufler je tukar yg ni kena gi dyno tak sbb midpipe tukar kena gi dyno?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Aksesori

Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

By Syafie08/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.