• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Inilah 9 Punca Kenapa Ekzos Motosikal Anda Keluar Asap Putih

#TahukahAnda: Inilah 9 Punca Kenapa Ekzos Motosikal Anda Keluar Asap Putih

November 15, 2018 By Admin PanduLaju 14 Comments

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA? Motosikal keluar asap putih? Apakah petandanya? Jangan bimbang, itu mungkin petanda enjin motosikal anda sedang menghadapi masalah. Asap putih berlaku kerana ada minyak yang turut terbakar dalam kebuk pembakaran.

Adakah situasi itu normal? Jawapannya, TIDAK. Ini kerana pembakaran hanya memerlukan udara, petrol, dan percikan api. Kalau ada minyak masuk ke dalam kebuk pembakaran, maka gas sisa pembakaran mengandungi banyak emisi.

Kesannya, minyak enjin akan selalu berkurangan hingga perlu sentiasa diperiksa dan ditambah. Boleh jadi juga berlaku kehausan gelang piston yang menjejaskan prestasi enjin. Minyak yang terbakar juga menyebabkan deposit berlebihan pada kebuk pembakaran hingga proses pembakaran enjin terjejas.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?

Berikut beberapa kemungkinan yang dikenal pasti sebagai punca motosikal mengeluarkan asap putih:

1. PISTON RING HAUS

piston-ring-motor-2
piston-ring

Punca paling kerap berlaku ialah gelang piston atau piston ring haus. Gelang piston terbahagi kepada dua: gelang minyak dan gelang mampatan. Gelang mampatan berfungsi merapatkan celahan antara piston dan blok silinder supaya tekanan mampatan tidak bocor, manakala gelang minyak mencegah minyak dari ruang engkol (crank) masuk ke kebuk pembakaran.

Tetapi apabila dua gelang itu haus, celahan ring akan membesar. Kesannya, minyak dari tangki minyak dapat masuk ke dalam kebuk pembakaran. Penyelesaiannya, anda perlu tukar gelang piston.

2. DINDING SILINDER HAUS

Masalah kedua ini masih berkaitan dengan punca pertama di atas. Tetapi masalahnya bukan terletak pada gelang piston, sebaliknya dinding silinder. Ketika enjin bekerja, dinding dan gelang piston akan saling bergesel hingga dalam jangka masa tertentu, dua komponen utama itu mengalami kehausan.

Jika kehausan berlaku, minyak enjin dapat memasuki kebuk pembakaran (sama seperti di atas). Simptom seperti enjin hilang kuasa dan sukar dihidupkan ketika sejuk akan berlaku apabila silinder mula haus. Cara mengatasi, anda perlu buat bore up atau rebore, atau dalam bahasa mat motor dipanggil 'korek blok' untuk melicinkan semula dinding silinder. Proses ini memerlukan anda menurunkan enjin motosikal.

3. SEAL INJAP BOCOR

Faktor lain minyak masuk ke dalam kebuk pembakaran berpunca dari komponen atas enjin. Injap berfungsi sebagai pintu memasukkan udara untuk proses pembakaran enjin (intake) dan mengatur sisa buangan pembakaran (exhaust).

Setiap injap ada kedap yang mencegah minyak bocor mengalir masuk ke dalam manifold. Atas faktor penggunaan, kedap boleh mengalami degradasi, iaitu jadi mengeras yang membuatkan daya kedapan menurun hingga minyak boleh masuk ke ruangan manifold dan seterusnya enjin.

Cara mengatasi, ganti kedap injap baharu.

4. VALVE BENGKOK

valve-injap-rosak
valve-injap-rosak-2

Batang injap atau valve berupa rod besi yang menghubungkan injap dengan aci (cam). Pada posisi normal, batang injap perlu 100 peratus lurus tanpa bengkok. Jika bengkok, batang injap tidak lagi berada pada paksi tengah (tidak centre), manakala lubang injap (yang ada kedap) sudah ditetapkan secara selari dengan lubang ambilan/ekzos.

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

Jika batang injap bengkok, salah satu sisi kedap akan tertekan dan sisi lain pula longgar. Bahagian longgar itu kemudian menjadi laluan minyak masuk ke dalam manifold yang bersambungan dengan kebuk pembakaran. Jika cuma tukar kedap injap dan bukan injap, masalah serupa akan berulang.

Penyelesaian, ganti dua komponen: kedap injap dan injap.

5. PASANG TIDAK BETUL

Kes ini sama seperti di atas, cuma bezanya, tersalah pasang injap. Bagi sistem DOHC, posisi dua injap ambilan tidak boleh tertukar. Kalau tertukar, ada potensi bocor kerana kedudukan injap dan daun injap tidak sepadan. Untuk mengatasi, cuma perlu memasang injap dengan betul.

6. GASKET HEAD ROSAK

head-gasket-motosikal-2
head-gasket-motosikal

Gasket kepala silinder terletak di tengah sambungan blok silinder dan kepala silinder. Fungsinya sebagai pengedap atau seal supaya tekanan mampatan tidak hilang selain merapatkan saluran minyak dari tangki ke kepala silinder. Apa terjadi jika permukaan gasket rosak?

Tekanan mampatan boleh bocor dan minyak boleh mengalir keluar dari salurannya. Jika minyak mengalir keluar enjin, maka asap normal, tetapi banyak minyak akan merembes pada permukaan enjin. Sebaliknya, kalau minyak ke kebuk pembakaran, asap ekzos boleh bertukar jadi putih kebiruan (mengikut kuantiti minyak masuk).

Kalau ini berlaku, anda akan dapati bahagian enjin motosikal akan selalu kotor dan ada rembesan minyak mengalir. Enjin juga berbunyi kasar. Penyelesaian, tukar gasket kepala silinder baharu.

7. MINYAK CAIR

Dengar agak pelik, tetapi minyak yang terlalu cair boleh membuatkan ia memasuki celahan kecil enjin. Secara normal, ada data spesifikasi teknikal dikeluarkan Pertubuhan Jurutera Automotif (SAE) perlu dipatuhi pemilik. Ini penting kerana SAE mempengaruhi kemampuan minyak melalui celahan kecil enjin. Jika enjin daripada material aluminium, celahannya sangat kecil dan tiada masalah menggunakan minyak SAE 0W.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

Tetapi bagi enjin motosikal lama atau yang direka untuk negara tropika, minyak yang sesuai digunakan ialah SAE 20W ke atas. Kalau anda guna minyak gred SAE 0W, minyak boleh memasuki kebuk pembakaran melalui celahan gelang piston walaupun gelang atau silinder tidak haus.

Tetapi, minyak multigred SAE 0W-20 masih boleh digunakan kerana indeks kelikatan boleh meningkat mengikut suhu atau iklim. Jika motosikal tiba-tiba mengeluarkan asap putih selepas menukar minyak, penyelesaiannya ialah ganti minyak baharu mengikut rekomendasi pengeluar.

8. EFEK EKZOS

Penyebab motosikal mengeluarkan asap putih juga boleh berpunca daripada ekzos. Beberapa jenis ekzos memang memiliki sistem yang berfungsi menyuntik minyak ke dalam komponen itu, terutama ekzos lumba. Ini berlaku supaya jentera dapat bertahan pada suhu tinggi. Hasilnya, minyak yang disuntik akan terbakar kerana suhu gas ekzos cukup tinggi. hingga mengeluarkan asap putih.

Keadaan ini tidak berbahaya kepada enjin jika kandungan minyak enjin mencukupi. Namun, anda perlu buka ekzos motosikal dan cuba hidupkan enjin. Apabila tiada asap putih keluar dari dalam enjin, maka tiada apa perlu dirisaukan.

9. MOTOSIKAL 2-LEJANG


Jika semua masalah di atas tidak dijumpai, walhal motosikal masih mengeluarkan asap putih, itu mungkin kerana motosikal anda jenis 2-lejang (2-stroke). Tiada apa yang pelik kerana itu sebenarnya proses mekanisme pelinciran untuk enjin 2-lejang. Ini kerana motosikal 2-lejang memerlukan minyak sampingan, disebut minyak 2T, untuk melincirkan enjin. Minyak inilah yang menyebabkan asap putih.

Penyelesaiannya, relaks!

SUMBER: AutoExpose

Artikel Berkaitan

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Asap Putih, autotainment, Motor Keluar Asap Putih, motosikal, roda2, tahukah anda

Comments

  1. Raihan says

    April 16, 2019 at 9:53 PM

    Saya dah adjust carburetor ikut standard,..tapi bila lepas bawak timing tinggi sikit...dia jadi mcm bobokk..pastu timing terus drop...and ekzos keluar asap putih tapi halus je

    Reply
    • velentino ronaldo 47 says

      August 7, 2019 at 2:53 AM

      Carburetor problem tu..kalau servis carburator pun sama juga maknanya carb tu rosak. tukar baru trus OK.kalau carb dah tukar baru tapi tk takde timing maknanya valve bocor la.pasal ASAP putih kluar tu punca valve seal dah arwah so tukar baru,ring piston boleh jadi. serta masalah blok., maybe piston dh calar tu atau pun bak kata laman web ni ring piston punca sama permukaan Blok haus..so rebour la Blok tu atau beli baru je..mudah bukan.ANDA RASA SAYA ADA MASA UNTUK SAKIT KEPALA,JAWAPANNYA TIDAK SAMA SEKALI SAYA AKAN PENING MELAINKAN TAKDIR YG TUHAN BERIKAN PADA SAYA SO SABAR LA...SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN..KALAU KITA SAKIT ADA KELEBIHANNYA..SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA..SALAM CERAMAH DARI POMEN SETTING SAMPAI TERBANG SINGGAH KE PLANET MARIKH

      Reply
    • Dwan says

      October 28, 2019 at 6:42 AM

      Sebab apa kalau moto tak hidup tarik choke hidup? Lepas tu kluar asap putih?

      Reply
  2. Adin says

    September 30, 2019 at 7:59 PM

    Block bauciu dh tukaq baru tapi asap tetap kluaq jgk..kenapa?

    Reply
  3. EKHSAN says

    October 3, 2019 at 12:51 PM

    kalau ekzos ex5 bocor, agak agak berapa kos utk tukar?

    Reply
  4. Muhammad suhaimi says

    March 10, 2020 at 8:36 PM

    Ekzos motor kluar asap hitam apa punca dia

    Reply
  5. Joe says

    April 5, 2020 at 5:11 PM

    Block semua standard , tapi keluar asap putih dan ada bunyi cam besi berlaga kat depan head , kenapa eh?

    Reply
  6. Faiz says

    April 10, 2020 at 2:41 AM

    Sy tgh laju tetiba keluar asap putih..terus mati,,kenapa ek??sedang kan bru tukar minyak hitam..spec 62
    Apa perlu sy bt??

    Reply
  7. Mohd izdman says

    May 31, 2020 at 9:40 PM

    Saya pakai srl115 fi. Ulang alik kerja total 130km. But saya pkai minyak hitam 10w 40. Saya sedar lately ni minyak hitam tgok mcm makin kurang. Saya tukar sebulan 2 kli. Kkdang 1000 dah tukar. Kekadang 1500 dah tukar tpi recommend tukar 3000 tapi saya tgok sakit bila minyak hitam tu makin kurang. Kena selalu topup. Tapi berasap putih tak. Tapi bau something pelik smpai rumah and snpai office. Kenapa ye. Tolong sy sgt saya buntu dah ni

    Reply
  8. Jang says

    July 18, 2020 at 3:26 AM

    Saya ada masalah pd sebijik motor sy ni sebenar sy dah buat ovahall tukar smua barang dan tukar blok baru bahagian head sy dah grandvavle dan dah tukar smua ape yg patut siap masuk cam std yg baru tp apa bila start motor sy jd mcm api tersangkut2 bobok bila pulas semput2 susah nak jalan sedangkan kaberetor pun sy dah tukar baru motor sy ni kriss 100 agak2 ada yg blh bantu utk menyelesaikan masalah tersebut

    Reply
  9. Amal says

    July 27, 2020 at 11:40 AM

    Kenapa motor sport yamaha 100 saya bila koyak minyak jadi macam berat pas tu kadang2 jadi ok pulak

    Reply
  10. Mat says

    September 22, 2020 at 12:24 PM

    Kalau petrol keluar ikut lubang ekzos Tu cmne ye boss

    Reply
  11. Khairul Ikhwan says

    February 3, 2021 at 12:02 AM

    Saya baru top set motor! Masa pasang block piston agak fit.. adakah tu punca asap putih keluar??

    Reply
  12. MelErn says

    February 15, 2021 at 6:54 PM

    Mengapa motosikal saya lepas tukar carburetor masa idle keluar asap putih tapi masa pulas throttle tiada asap yg keluar? Apakah sbab jadi mcm itu?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my