Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ekor Paus Mujur Selamatkan Tren Hilang Kawalan, Terbabas
Auto Terkini

Ekor Paus Mujur Selamatkan Tren Hilang Kawalan, Terbabas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EKOR paus selamatkan tren. Macam sukar hendak percaya, tetapi itulah yang berlaku dalam insiden kemalangan luar biasa di Belanda, baru-baru ini.

Sebuah tren merempuh dan melepasi pengadang rel di Stesen Metro De Akkers, bandar Spijkenisse tetapi terselamat daripada terjatuh ke bawah selepas berhenti betul-betul atas arca ekor paus gergasi.

Sebelum kemalangan berlaku, tren itu dilaporkan sudah di luar kawalan pemandu kira-kira jam 12.30 pagi (waktu tempatan Belanda). Mujurlah ada ekor paus berwarna perak menjadi penyelamat kepala tren dan gerabak penumpang daripada terjunam ke dalam air di bawah stesen berkenaan.

BACA >>> Curi Civic Polis: Penjual Ikan Bilis Hadap 6 Pertuduhan, Kena Rujuk Mental di Hospital Bahagia

Ketika insiden, tiada penumpang berada dalam gerabak itu, manakala pemandu tren disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih dalam keadaan terkejut. Melihat gambar dikongsikan, bahagian bawah tren mengalami kerosakan teruk dengan beberapa cermin tingkap pecah.

Pemandu tren ditahan untuk membantu proses siasatan dan punca kemalangan masih disiasat.

Pihak berkuasa kini perlu memikirkan cara mengalihkan tren tersebut sebelum membuka semula operasi stesen berkenaan. Kemalangan itu juga membuatkan sebahagian kawasan di stesen berkenaan terpaksa ditutup kepada orang ramai.

Masalah utama lain, kawasan stesen itu dikeliling air yang menyukarkan akses masuk kren  ke lokasi kemalangan. Belanda juga berdepan situasi tiupan angin kuat yang menjadi penghalang operasi pengalihan tren dilakukan.

Ekor paus itu, dipanggil ‘Saved by the Whale’s Tail’ ialah arca ciptaan artis, Maarten Struijs kira-kira 18 tahun lalu. Dia sendiri terkejut kerana tidak menyangka arca ekor kembang setinggi 7 meter itu masih kukuh dan mampu menyelamatkan nyawa operator tren.

“Saya kagum ia masih sangat kukuh. Apabila plastik dibiar terdedah hampir 20 tahun, sudah pasti kamu tidak sangka boleh tampung tren metro. Mujur dia langgar ekor lebih rendah, dan kalau rempuh satu lagi, keadaan kemalangan mungkin berbeza,” katanya.

Struijs turut menyatakan yang arca itu bukan direka untuk tujuan keselamatan, tetapi cuma sekadar monumen hiasan.

SUMBER: DailyMail | TheSun

Arca Ekor Paus Auto Terkini Ekor Ikan Paus Ikan Paus kemalangan Kemalangan Tren Maarten Struijs Saved by the Whale's Tail tren
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.