• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ekor Paus Mujur Selamatkan Tren Hilang Kawalan, Terbabas

Ekor Paus Mujur Selamatkan Tren Hilang Kawalan, Terbabas

November 4, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EKOR paus selamatkan tren. Macam sukar hendak percaya, tetapi itulah yang berlaku dalam insiden kemalangan luar biasa di Belanda, baru-baru ini.

Sebuah tren merempuh dan melepasi pengadang rel di Stesen Metro De Akkers, bandar Spijkenisse tetapi terselamat daripada terjatuh ke bawah selepas berhenti betul-betul atas arca ekor paus gergasi.

Sebelum kemalangan berlaku, tren itu dilaporkan sudah di luar kawalan pemandu kira-kira jam 12.30 pagi (waktu tempatan Belanda). Mujurlah ada ekor paus berwarna perak menjadi penyelamat kepala tren dan gerabak penumpang daripada terjunam ke dalam air di bawah stesen berkenaan.

BACA >>> Curi Civic Polis: Penjual Ikan Bilis Hadap 6 Pertuduhan, Kena Rujuk Mental di Hospital Bahagia

Ketika insiden, tiada penumpang berada dalam gerabak itu, manakala pemandu tren disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih dalam keadaan terkejut. Melihat gambar dikongsikan, bahagian bawah tren mengalami kerosakan teruk dengan beberapa cermin tingkap pecah.

Pemandu tren ditahan untuk membantu proses siasatan dan punca kemalangan masih disiasat.

Pihak berkuasa kini perlu memikirkan cara mengalihkan tren tersebut sebelum membuka semula operasi stesen berkenaan. Kemalangan itu juga membuatkan sebahagian kawasan di stesen berkenaan terpaksa ditutup kepada orang ramai.

Masalah utama lain, kawasan stesen itu dikeliling air yang menyukarkan akses masuk kren  ke lokasi kemalangan. Belanda juga berdepan situasi tiupan angin kuat yang menjadi penghalang operasi pengalihan tren dilakukan.

Ekor paus itu, dipanggil 'Saved by the Whale's Tail' ialah arca ciptaan artis, Maarten Struijs kira-kira 18 tahun lalu. Dia sendiri terkejut kerana tidak menyangka arca ekor kembang setinggi 7 meter itu masih kukuh dan mampu menyelamatkan nyawa operator tren.

“Saya kagum ia masih sangat kukuh. Apabila plastik dibiar terdedah hampir 20 tahun, sudah pasti kamu tidak sangka boleh tampung tren metro. Mujur dia langgar ekor lebih rendah, dan kalau rempuh satu lagi, keadaan kemalangan mungkin berbeza," katanya.

Struijs turut menyatakan yang arca itu bukan direka untuk tujuan keselamatan, tetapi cuma sekadar monumen hiasan.

tren
ekor-paus-tahan-tren-4
ekor-paus-tahan-tren-1
ekor-paus-tahan-tren-2
tren 1
ekor-paus-tahan-tren-3

SUMBER: DailyMail | TheSun

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arca Ekor Paus, Auto Terkini, Ekor Ikan Paus, Ikan Paus, kemalangan, Kemalangan Tren, Maarten Struijs, Saved by the Whale's Tail, tren

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev