Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!
Roda2

#EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA kami beritahu motosikal yang anda sedang lihat ini dibangunkan pengeluar Jepun atau Itali, mungkin ramai percaya. Namun faktanya, motosikal ini berasal dari China.

Mungkin ada yang skeptikal, sinis dan bercakap-cakap pasal kualiti, ketahanan dan isu ciplak apabila sesuatu produk itu ‘made in China’. Namun, ketika kali pertama singgah ke reruai CFMoto di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 dan melihat sendiri dua model suku liter 300SR (fairing) dan 300NR (naked), terus terdetik;

Hmmm… boleh tahan!”

Dari segi konsep rekabentuk dan kualiti diketengahkan, dua model ini berada pada tahap memuaskan. Penggayaan menarik itu adalah hasil kerjasama antara CFMoto dan Kiska, iaitu firma rekabentuk tersohor dunia yang juga bertanggungjawab menghasilkan gaya rekabentuk generasi baharu KTM.

Apa yang berbeza? KTM memiliki rekabentuk yang lebih bersegi sebagai fokus gaya, manakala CFMoto menumpukan kepada gaya tradisional. Tetapi bau-bau Kiska itu dapat dikesan.

BACA >>> CFMoto Siar Video Acah 250SR dengan Ekzos Akrapovic, Kaliper Brembo dan Fork USD!

Atas kertas, 300SR akan bersaing dengan model fairing lawan seperti KTM RC 390, TVS Apache RR 310, Yamaha YZF-R3, Kawasaki Ninja 300 dan Benelli 302R. Jika sportbike suku liter ini memasuki pasaran tempatan, ia akan jadi alternatif menarik dengan harga yang pastinya lebih mampu milik berbanding ‘Yang Mahal’.

Model sportbike ini dipadankan enjin silinder tunggal 292.4cc DOHC suntikan bahan api berkuasa 26hp dan tork 25Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. Saiz jentera menawarkan dimensi panjang 1,990mm, lebar 780mm dan tinggi 1,070mm, manakala jarak roda 1,360mm dan tinggi pelana 795mm.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto CFMoto 400NK dan 650NK (2020), Lancar Bulan Depan

Dengan berat 151kg dan jarak kelegaan tanah 150mm, sportbike ini pasti mudah dijinakkan, terutama mereka yang berfizikal rendah atau penunggang muda kurang pengalaman. Kapasiti tangki minyak 12.5 liter mampu memberikan jarak tunggangan jauh, sesuai buat mereka yang mencari sportbike harian untuk urusan pergi-balik kerja .

Hanya tersedia dalam warna Turquoise Blue (biru), bahagian roda dipadankan fork terbalik (USD) boleh laras di depan dan monoshock di belakang dengan rim 17-inci yang dibalut tayar 110/70 (depan) dan 140/60 (belakang).

Apa kata anda? Adakah dua sportbike ini mampu cari makan jika dibawa masuk ke pasaran Malaysia? Jika ya, mampukah pembeli kita memberikan sokongan dan membuka peluang kepada pemain baharu industri dua roda ini? Sebelum terlupa, ingat, bukan calang-calang pengeluar boleh buka reruai di EICMA tau!

BACA >>> 10 Fakta Menarik Tentang KISKA, Firma Rekabentuk di Sebalik Kebangkitan KTM

GALERI
CFMOTO 300SR
CFMOTO 300NK

 

CF Moto cfmoto CFMoto 300NR CFMoto 300SR EICMA 2019 naked bike Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 roda2 sportbike sportbike 250cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.