• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!

#EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!

November 12, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA kami beritahu motosikal yang anda sedang lihat ini dibangunkan pengeluar Jepun atau Itali, mungkin ramai percaya. Namun faktanya, motosikal ini berasal dari China.

Mungkin ada yang skeptikal, sinis dan bercakap-cakap pasal kualiti, ketahanan dan isu ciplak apabila sesuatu produk itu 'made in China'. Namun, ketika kali pertama singgah ke reruai CFMoto di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 dan melihat sendiri dua model suku liter 300SR (fairing) dan 300NR (naked), terus terdetik;

Hmmm... boleh tahan!"

Dari segi konsep rekabentuk dan kualiti diketengahkan, dua model ini berada pada tahap memuaskan. Penggayaan menarik itu adalah hasil kerjasama antara CFMoto dan Kiska, iaitu firma rekabentuk tersohor dunia yang juga bertanggungjawab menghasilkan gaya rekabentuk generasi baharu KTM.

Apa yang berbeza? KTM memiliki rekabentuk yang lebih bersegi sebagai fokus gaya, manakala CFMoto menumpukan kepada gaya tradisional. Tetapi bau-bau Kiska itu dapat dikesan.

BACA >>> CFMoto Siar Video Acah 250SR dengan Ekzos Akrapovic, Kaliper Brembo dan Fork USD!

Atas kertas, 300SR akan bersaing dengan model fairing lawan seperti KTM RC 390, TVS Apache RR 310, Yamaha YZF-R3, Kawasaki Ninja 300 dan Benelli 302R. Jika sportbike suku liter ini memasuki pasaran tempatan, ia akan jadi alternatif menarik dengan harga yang pastinya lebih mampu milik berbanding 'Yang Mahal'.

Model sportbike ini dipadankan enjin silinder tunggal 292.4cc DOHC suntikan bahan api berkuasa 26hp dan tork 25Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. Saiz jentera menawarkan dimensi panjang 1,990mm, lebar 780mm dan tinggi 1,070mm, manakala jarak roda 1,360mm dan tinggi pelana 795mm.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto CFMoto 400NK dan 650NK (2020), Lancar Bulan Depan

Dengan berat 151kg dan jarak kelegaan tanah 150mm, sportbike ini pasti mudah dijinakkan, terutama mereka yang berfizikal rendah atau penunggang muda kurang pengalaman. Kapasiti tangki minyak 12.5 liter mampu memberikan jarak tunggangan jauh, sesuai buat mereka yang mencari sportbike harian untuk urusan pergi-balik kerja .

Hanya tersedia dalam warna Turquoise Blue (biru), bahagian roda dipadankan fork terbalik (USD) boleh laras di depan dan monoshock di belakang dengan rim 17-inci yang dibalut tayar 110/70 (depan) dan 140/60 (belakang).

Apa kata anda? Adakah dua sportbike ini mampu cari makan jika dibawa masuk ke pasaran Malaysia? Jika ya, mampukah pembeli kita memberikan sokongan dan membuka peluang kepada pemain baharu industri dua roda ini? Sebelum terlupa, ingat, bukan calang-calang pengeluar boleh buka reruai di EICMA tau!

BACA >>> 10 Fakta Menarik Tentang KISKA, Firma Rekabentuk di Sebalik Kebangkitan KTM

GALERI
CFMOTO 300SR
CFMoto 300SR (2020)_20
CFMoto 300SR (2020)_19
CFMoto 300SR (2020)_9
CFMoto 300SR (2020)_10
CFMoto 300SR (2020)_18
CFMoto 300SR (2020)_1
CFMoto 300SR (2020)_11
CFMoto 300SR (2020)_2
CFMoto 300SR (2020)_13
CFMoto 300SR (2020)_17
CFMoto 300SR (2020)_8
CFMoto 300SR (2020)_7
CFMoto 300SR (2020)_5
CFMoto 300SR (2020)_3
CFMoto 300SR (2020)_4
CFMoto 300SR (2020)_16
CFMoto 300SR (2020)_6
CFMoto 300SR (2020)_24
CFMoto 300SR (2020)_22
CFMoto 300SR (2020)_23
CFMoto 300SR (2020)_21
CFMoto 300SR (2020)_12
CFMoto 300SR (2020)_14
CFMoto 300SR (2020)_15
CFMOTO 300NK
CFMoto 300NK (2020)_16
CFMoto 300NK (2020)_17
CFMoto 300NK (2020)_19
CFMoto 300NK (2020)_15
CFMoto 300NK (2020)_14
CFMoto 300NK (2020)_7
CFMoto 300NK (2020)_9
CFMoto 300NK (2020)_13
CFMoto 300NK (2020)_12
CFMoto 300NK (2020)_4
CFMoto 300NK (2020)_10
CFMoto 300NK (2020)_1
CFMoto 300NK (2020)_2
CFMoto 300NK (2020)_3
CFMoto 300NK (2020)_5
CFMoto 300NK (2020)_6
CFMoto 300NK (2020)_8
CFMoto 300NK (2020)_11
CFMoto 300NK (2020)_18

 

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CF Moto, cfmoto, CFMoto 300NR, CFMoto 300SR, EICMA 2019, naked bike, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, roda2, sportbike, sportbike 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my