Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»10 Fakta Menarik: Tentang KISKA – Firma Rekabentuk di Sebalik Kebangkitan KTM
Autotainment

10 Fakta Menarik: Tentang KISKA – Firma Rekabentuk di Sebalik Kebangkitan KTM

ZYBy ZY13/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, syarikat pengeluar motosikal terkemuka dari Austria, KTM pernah bangkrap pada 1991? 

Tidak mudah mengalah, tahun berikutnya (1992) KTM bangkit semula dan hari ini selepas lebih 25 tahun, jenama Austria itu menjadi pengeluar motosikal nombor satu di Eropah dengan angka jualan mengatasi Ducati (Itali) dan Triumph (British).

Bagaimana mereka berjaya lakukannya? KISKA.

BACA >>> 9 Aksesori KTM yang Unik, Turut Keluarkan Seluar Dalam

Berikut 10 fakta menarik tentang KISKA, iaitu firma konsultansi rekabentuk terkemuka Eropah yang bertanggung jawab di sebalik rekabentuk baharu KTM hingga menaikkan semula jenama tersebut. Malah, KISKA turut terbabit dalam industri rekabentuk di luar dunia automotif seperti pakaian sukan, perkakasan rumah, lampu jalan dan sebagainya.

1. KISKA ditubuhkan Gerald Kiska pada 1990 sebagai firma perseorangan dengan menumpukan kepada penghasilan rekabentuk produk.

2. Pada 1991, sebelum diisytiharkan bangkrap pada tahun sama, KTM menganjurkan pertandingan rekabentuk motosikal berasaskan enjin silinder tunggal 4-lejang LC4 dan dimenangi Kiska dengan pasukan kecilnya, terdiri daripada lima pekerja.

Rekaan asal Duke pada 1992. Kod projek ‘The Terminator’.

3. KISKA terlibat dalam penghasilan rekabentuk produk KTM sejak 1992, selepas kelahiran semula KTM AG (sebelum itu KTM Sportmotorcycle AG) di bawah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stefan Pierer hingga sekarang, selepas 25 tahun.

4. Produk pertama KISKA bersama KTM ialah streetbike 620 Duke yang dilancarkan pada 1994. Rekabentuk dengan tayar berukuran 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang) menjadi standard saiz roda dan tayar kepada jentera Duke hingga hari ini.

5. Setakat 2016, KISKA mempunyai 150 pekerja dari 28 negara dengan fasiliti sebesar 5,000 meter persegi yang terletak di kaki gunung Untersburg di Anif, Austria. Sememangnya suasana yang cukup sesuai bagi merangsang kreativiti para pekerja mereka.

6. Bukan setakat rekabentuk motosikal, KISKA turut menguruskan segala aspek pembangunan dan pelancaran, termasuk identifikasi strategik, konsep rekaan, pembuatan hingga rekaan laman web dan material jualan.

Pemandangan biasa di KISKA

7. KISKA turut ditugaskan menghasilkan video pelancaran produk baru KTM. Video pelancaran ‘The Beast’ untuk KTM Super Duke R 1290 adalah hasil kreativiti firma konsultansi rekabentuk itu 100 peratus.

8. Duke 125/200/390 adalah maklum balas KTM kepada penunggang muda di Eropah yang mahukan motosikal lebih besar, tetapi hajat mereka terhalang peraturan sistem perlesenan tempatan. Jadi, selain perbezaan sesaran enjin, 125 Duke hingga 390 Duke menampilkan rekabentuk dan prestasi pengendalian yang hampir setaraf.

Barisan DUKE daripada sekecil 125cc hinggalah 1,300cc (Super Duke R 1290).

9. KISKA sangat berpegang teguh kepada moto KTM, ‘READY TO RACE’. Tidak hairanlah selain model 390 ke bawah yang disasarkan kepada penunggang baru, semua motosikal KTM dibina untuk satu tujuan – PERLUMBAAN!

Jentera perlumbaan Moto2 KTM

10. Selain motosikal dan kereta berjenama KTM (ya, KTM turut mengeluarkan kereta menerusi model X-Bow), rekaan KISKA turut boleh dilihat pada motosikal Husqvarna, Bajaj (India), CFMoto (China), termasuklah produk harian daripada Braun (jenama penjagaan konsumer), Adidas (jenama pakaian sukan) dan Osram (jenama produk lampu).

BACA >>> CFMoto Perkenal Konsep Streetfighter V.02-NK dengan Kerjasama KTM

autotainment bajaj braun cfmoto design firm gerald kiska huqsvarna kiska kiska design KTM ktm bankrupt osram roda2
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
KTM 390 Duke | Jepun
Roda2

KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.