Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#EICMA2018: 5 Helmet Baharu Diperkenalkan dengan Aneka Cita Rasa Penunggang
Aksesori

#EICMA2018: 5 Helmet Baharu Diperkenalkan dengan Aneka Cita Rasa Penunggang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Motosikal Milan (EICMA) 2018 bukan hanya seputar debut model baharu dan model konsep motosikal semata-mata. Ada juga aksesori dan barangan yang dipamerkan sepanjang acara pameran motosikal terbesar dunia itu. Pendek kata, apa saja tentang motosikal akan dapat ditemui di EICMA.

Di bawah ini kami senaraikan 5 model helmet baharu yang baru dilancarkan sempena EICMA 2018 yang baru saja melabuhkan tirai beberapa hari lalu.

1. ACERBIS X-RACER VTR


Acerbis begitu sinoim dengan dunia off-road. Terbaharu, pengeluar itu memperkenalkan helmet X-Racer VTR. Dibuat daripada bahan gentian karbon tahap tinggi yang dikhaskan buat kegunaan penunggang motocross. Cengkerang helmet direka serba baharu dengan agihan berat optimum di kepala. Selain berat seimbang depan dan belakang, bahagian dalaman menggunakan material lembut. Ditawarkan dalam pelbagai warna, helmet dijual pada harga €200 (RM947).

2. NOLAN N70-2 X


Nolan N70-2 X diperkenalkan kepada penunggang jalanan dan off-road. Rekabentuk garis besar menyerlahkan karakter helmet motocross dengan tambahan visor ultra lebar. Ia didatangkan dengan sistem pengudaraan AirBooster dengan bahagian dagu dan visor boleh tanggal untuk kegunaan berbeza. Ukuran saiz bermula XXS hingga XXXL pada harga bermula €290 (RM1,374).

BACA >>> Feher ACH-1: Helmet Pertama Dunia dengan Sistem Penyaman Udara Kini di Pasaran

3. MOMODESIGN FGTR EVO WINTER LIMITED EDITION


Momodesign memperkenalkan beberapa model, tetapi FGTR Evo Winter Limited Edition ini begitu menarik kerana cengkerang dibuat daripada sistem pelbagai lapisan khas untuk memberikan kesan metalik dengan visual unik. Terhad 2,000 unit sahaja, model itu akan mula dijual Disember depan pada harga €239 (RM1,132).

4. AGV AX9


AGV memperkenalkan AX9 menerusi pilihan 4 kombinasi berbeza. Menggunakan struktur modular, cengkerang helmet dibuat daripada karbon aramid, manakala pelapik dalaman boleh tanggal dan dicuci dengan perlindungan anti-bakteria, tahan air dan sangat selesa. Hanya ditawarkan dalam warna putih dan hitam pada harga €460 (RM2,179). 

BACA >>> Shark Evo-One 2 – Helmet Full Face Dua Homologasi Pertama Dunia

5. SHARK RACE-R PRO GP


Shark Race-R PRO generasi baharu ini dibangunkan khusus buat pelumba dengan cengkerang dibuat daripada material gentian karbon baharu, dinamakan COVA (Carbon On View dan Aramid) yang dipakai pelumba MotoGP.

Acerbis X-Racer VTR agv AGV AX9 aksesori EICMA 2018 helmet Momodesign FGTR Evo Winter nolan Nolan N70-2 X Pamera Motor Milan (EICMA) 2018 roda2 Shark Shark Race-R PRO
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.