Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian
Roda2

#EICMA2017: Kawasaki Ninja H2 SX (2018), Supercas Kembara Tidak Lagi Sendirian

ZYBy ZY09/11/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APAKAH proposal anda meminang Ninja H2 yang sebelum ini ditolak ‘menteri kewangan’ atas alasan jentera supercas tersebut tidak dapat bawa pembonceng? Sekarang, ada berita baik kepada mereka yang masih terhalang memiliki jentera eksotik itu kerana versi sport-touring kali ini mampu membawa pasangan anda.

Ninja H2 SX baru saja didedahkan secara rasmi di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017, kelmarin. Menumpukan kepada tunggangan jalanan, enjin supercas generasi kedua, digelar Balanced Type, dibikin khas untuk memberikan kepuasan pengembaraan jentera dua roda kepada anda.

Enjin sesaran 998cc daripada Ninja H2 masih kekal berupaya menjana kuasa 200hp dan tork 136Nm. Bezanya, hantaran kuasa ditala supaya lebih linear pada julat putaran rendah dan pertengahan selain penggunaan bahan api lebih cekap berbanding jentera sports tourer popular Kawasaki, Z1000SX.

Sesuai dengan status motosikal kembara, frem trellis Ninja H2 SX dirombak daripada H2 untuk menampung berat pembonceng, dan juga kotak sisi yang menjadikan berat keseluruhan 256kg, lebih 16kg berbanding Ninja H2.

BACA >>> Kawasaki H2GT – Jentera HyperSports-Tourer dengan Teknologi Lampu Adaptif, Debut November Ini

Usah risau jika tambahan berat itu menyukarkan anda mengawalnya kerana Kawasaki sudah siap sedia melengkapkan segala jenis alat bantu pengendalian seperti Kawalan Traksi (TRC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pintar KIBS dan lain-lain yang dipakejkan dalam Fungsi Pengurusan Pembelokan Kawasaki Kawasaki (Cornering Management Function – KCMF).

ADA DUA VARIAN

Turut didedahkan, jentera sport-tourer mewah itu didatangkan dalam dua varian, Ninja H2 SX versi asas dan Ninja H2 SX SE (versi seksi?) yang membawa kepada penaiktarafan dalam bentuk deflektor angin lebih tinggi, paparan instrumen TFT LCD, Quick Shifter dua arah (turun-naik) dan lampu belokan adaptif yang pernah kami perincikan beberapa minggu lalu.

Maklumat mengenai harga dan tarikh pelancaran di Malaysia masih belum didedahkan. Apapun, video di bawah mungkin cukup untuk meyakinkan pasangan anda sementara menunggu 2018 tiba tidak lama lagi.

EICMA EICMA 2017 Kawasaki kawasaki z1000sx ktrc motosikal ninja h2 ninja h2 sx ninja h2 sx se Pameran Motor Milan (EICMA) 2017 roda2 sport-touring
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026

1 Comment

  1. Murad sulaiman on 09/11/2017 20:37

    Price RM?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.