Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dunia Sudah Tidak Berminat, Tiada Lagi Mitsubishi Lancer
Auto Terkini

Dunia Sudah Tidak Berminat, Tiada Lagi Mitsubishi Lancer

Han OthmanBy Han Othman07/01/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

tiada-lagi-mitsubishi-lancer-bg
DI PASARAN negara luar seperti Amerika Syarikat (AS), segmen sedan kecil kini semakin berkurangan hingga membuatkan Mitsubishi memutuskan mahu menumpukan pasaran pengeluaran produknya kepada segmen crossover. Persoalannya, bagaimana pula masa depan sedan buatan pengeluar automobil Jepun itu?

Menurut laman permotoran Autoblog ketika bertanya isu tersebut kepada Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Mitsubishi bahagian Amerika Utara, Don Swearingan, pengeluaran Mitsubishi Mirage G4 akan dikekalkan dalam pasaran AS bagi memenuhi kehendak sedan yang masih ada, tetapi pengeluaran Mitsubishi Lancer akan ditamatkan pada Ogos ini.

PASARAN SEDAN MENGECIL

Swearingan berkata, baki stok dijangka bertahan selama beberapa bulan selepas pengeluaran berakhir dan diramalkan habis dijual menjelang musim panas ini – Jun 2017 – yang juga merupakan model akhir dikeluarkan Mitsubishi.

Menurutnya lagi, pasaran sedan sedang menguncup dan syarikat perlu memastikan sebarang produk baru yang dibangunkan dapat memberikan keuntungan. Disebabkan itulah Mitsubishi terus beralih tumpuan kepada pasaran crossover yang sedang meningkat dan setakat ini memang tiada sebarang rancangan terkini mengenai Mitsubishi Lancer baharu.

Sedar tidak sedar, model Mitsubishi Lancer terakhir dikeluarkan adalah pada 2007, kira-kira 10 tahun lalu dan hingga kini tiada sebarang tanda tentang kelibat model baharu itu. Sebagai makluman, pengeluar automobil tempatan, Proton pernah melakukan penjenamaan semula Mitsubishi Lancer generasi ke-10 (terakhir) di bawah jenama Proton Inspira pada 2010 hasil kolaborasi Proton-Mitsubishi dengan menampilkan dua varian, 2.0L dan 1.8L.

Apapun, peminat automotif pastinya merindui barisan sedan Lancer, dan mengharapkan sekurang-kurangnya Mitsubishi masih mahu menghasilkan Lancer Evolution.

SUMBER: Autoblog

Auto Terkini Crossover Mitsubishi Mitsubishi Lancer Mitsubishi Lancer 10 Mitsubishi Lancer Evolution Proton Proton Inspira Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.