Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dulu di Amerika, Sekarang ke Perancis, Opel Kini Sah Milik PSA Group
Auto Terkini

Dulu di Amerika, Sekarang ke Perancis, Opel Kini Sah Milik PSA Group

Han OthmanBy Han Othman18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMINDAHKAN pengeluar besar daripada syarikat induk dan membawa masuk ke syarikat induk lain bukanlah kerja mudah yang dapat diselesaikan hanya semalam. Khabarnya, masa paling pantas diambil ialah lima bulan. Itulah masa diambil untuk melengkapkan perpindahan Opel daripada General Motors (GM) kepada PSA Group. 

Dalam rundingan pertama pada Mac lalu, GM sudah pun mengumumkan penjualan Opel kepada konglomerat automotif dari Perancis, PSA Group yang juga memiliki Peugeot, Citroën dan DS. Justeru kehadiran Opel dan Vauxhall akan menambahkan profil portfolio PSA Group kepada lima jenama automotif besar di bawah satu bumbung. Opel sebelum ini ialah bahagian Eropah dalam GM sejak 1929.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Opel, Michael Lohscheller berkata;

Ini ialah hari bersejarah. Kami berbangga dapat menyertai PSA Group dan kini membukan episod baharu dalam sejarah kami selepas 88 tahun dengan GM. Kami akan meneruskan hala tuju kami dalam menjadikan teknologi ‘buatan Jerman’ ada untuk semua orang.”

KEDUA TERBESAR DI EROPAH

Susulan kelulusan peraturan Kesatuan Eropah (EU), bulan lalu, PSA Group kini ialah pengeluar kedua terbesar di Eropah (selepas Volkswagen), dengan 17 peratus penguasaan pasaran. Pemegang saham terbesar PSA Group kekal milik Peugeot, diikuti Kerajaan Perancis, dan pengeluar automotif China, Dongfeng yang setiap satu memiliki pegangan 13.68 peratus.

Pengumuman tersebut turut membabitkan pelantikan baharu Christian Müller sebagai naib presiden kejuruteraan, Rémi Girardon (naib presiden pembuatan), Philippe de Rovira (Ketua Pegawai Kewangan – CFO), dan Michelle Wen (naib presiden pembelian dan kitaran pembekalan).

“Kita menyaksikan kelahiran juara Eropah sebenar, hari ini,” kata Pengerusi PSA Group, Carlos Tavares.

“Opel akan kekal Jerman, Vauxhall akan kekal British. Mereka cukup sempurna untuk portfolio jenama Perancis yang kami ada seperti Peugeot, Citroën, dan DS Automobiles,” kata Presiden GM, Dan Amman yang menganggap pemindahan pemilikan itu sebagai satu lagi langkah penting yang membolehkan gergasi automotif Amerika itu lebih menumpukan kepada sumber dengan peluang pulangan tinggi.

Auto Terkini Generam Motors (GM) GM Opel Opel kini milik PSA Group PSA Group
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.