Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Streetfighter V4 Sudah Ada di Malaysia! Harga Bermula RM115k!
Roda2

Ducati Streetfighter V4 Sudah Ada di Malaysia! Harga Bermula RM115k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S yang dilancarkan secara siaran digital menerusi YouTube pada Mac lalu kini sudah boleh didapati di Malaysia.

Dibawakan wakil pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn Bhd, harga naked bike itu adalah seperti berikut:

  • Ducati Streetfighter V4 – RM115,900
  • Ducati Streetfighter V4 S – RM145,900

Streetfighter V4 boleh dianggap sebagai Panigale V4 versi tanpa fairing dengan bar hendal lebih tinggi dan lebar, manakala berat jentera 178kg. Kedua-dua varian dijana enjin 1,103cc Desmosedici Stradale, sama seperti Panigale V4.

Model ini menghasilkan kuasa 208hp @ 12,750rpm dan tork 123Nm @ 11,500Nm, setanding Panigale V4 dengan mendapat sentuhan lampu utama LED penuh dan sosok penampilan agresif seakan raut wajah watak antagonis, ‘The Joker’.

Menurut Ducati, model naked bike itu dibangunkan berasaskan ilham daripada karakter dwi-personaliti Joker itu, yang memiliki kombinasi seronok dan jahat. Ia turut dilengkapi lampu siang (DRL) bentuk V yang didatangkan pada Panigale V4.

Rekaan lampu utama kompak digabungkan bersama fairing kembar pada kotak udara dan ambilan penyejukan LED. Selain itu, bahagian deflektor belakang mengalihkan aliran udara daripada menyentuh tangki secara langsung. Jentera tampil elegan dan agresif dengan pelindung depan yang menyembunyikan pendawaian pemuka TFT.

Pakej elektronik generasi terkini Streetfighter V4  berasaskan Unit Ukuran Inersia 6-paksi (6D IMU) yang mampu mengesan sudut roll, yaw dan pitch. Bahagian elektronik menguruskan setiap bahagian tunggangan seperti mengawal pengurusan permulaan, pecutan, brek, dan kawalan traksi, termasuk membantu keluar-masuk selekoh.

Model lebih berkuasa Streetfighter V4 S pula dilengkapi rim Marchesini dan sistem suspensi elektrik Öhlins boleh laras (fork depan NIX30 43mm dan monoshock TTX36), dan damper stereng. Sistem Ohlins Smart EC 2.0 generasi kedua itu menampilkan antaramuka mesra pengguna dan meningkatkan keupayaan sistem IMU 6D.

Bagi meraikan pelancaran model itu, Ducati Malaysia menganjurkan kempen ‘Ducati Digital Festival’ bermula 1 November-31 Disember 2020 dengan menawarkan banyak tawaran seperti diskaun hingga 70 peratus untuk barangan rasmi, jualan habis stok, motosikal demo dan  pakej pembiayaan khas dengan kadar faedah terendah.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Lancar Secara Strim YouTube
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Ducati yang Perlu Anda Tahu

GALERI
Auto Terkini Ducati Ducati Digital Festival Ducati Streetfighter V4 Ducati Streetfighter V4 S Next Bike Sdn Bhd roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.