Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Scrambler Icon Dark (2020) Kini di Malaysia, Harga RM49.9k
Auto Terkini

Ducati Scrambler Icon Dark (2020) Kini di Malaysia, Harga RM49.9k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIPERKENALKAN pada 1962, jenama Scrambler dilancarkan semula pada 2014 yang mewujudkan segmen serba baharu dalam barisan produk Ducati, dan sejak dilancarkan sudah 55,000 unit terjual seluruh dunia.

Scrambler Icon Dark tampil sebagai model ‘ringkas dan bersih’ yang sesuai dikustomkan mengikut cita rasa peribadi pemilik, tetapi pada masa sama tidak mengetepikan aspek ciri dan prestasi. Model ini boleh dimiliki pada harga RM49,900 dan boleh dilihat dan dibeli di mana-mana bilik pameran Ducati terdekat.

BACA >>> Ducati Scrambler 1000 Club Italia – Edisi Terhad 80 unit untuk Ahli Kelab Vintaj

Model ini didatangkan dengan lampu siang (DRL) LED dan pelana rata baharu. Dengan ciri diperbaharui seperti tetapan suspensi, kawalan klac hidraulik dengan tuil boleh laras dan alatan suis ergonomik, Scrambler Icon Dark memberikan keselesaan tunggangan untuk apa saja pengembaraan yang mahu ditempuhi. Penunggang juga memiliki akses tolok minyak dan indikator gear supaya tunggangan jadi lebih menenangkan.

Scrambler Icon Dark juga dilengkapi sistem infotainment Ducati Multimedia System (DMS) yang membolehkan jentera dihubungkan menerusi Bluetooth dengan telefon pintar, set telinga pada helmet penunggang dan pembonceng, atau sistem navigasi Ducati. Ada empat peranti boleh dihubungkan serentak.

Model Scrambler ini juga tidak mengetepikan aspek keselamatan yang didatangkan standard dengan ABS Belok dwi-saluran Bosch sebagai tambahan keselamatan dan ketenangan minda ketika menempuh jalan berliku dan pedalaman untuk pengalaman pengembaraan mengujakan di Malaysia.

Kemasan Matt Black yang menjadi skema warna baharu menyerlahkan rupa yang cukup bergaya, siap dengan penutup aluminium kemasan mesin dan panel sisi aluminium boleh tukar. Trenkuasa dijana enjin 803cc Desmodromic L-Twin berkuasa 73hp @ rpm8,250.

Dengan personalisasi yang menjadi elemen fundamental bagi jenama Ducati Scrambler, model ini  sememangnya dihasilkan untuk memenuhi ekspresi penunggang Malaysia, dan juga menjadi satu-satunya Scrambler paling banyak boleh dikustom.

BACA >>> Ducati e-Scrambler – Basikal Elektrik untuk Tunggangan Harian, Harga RM18k

GALERI
Auto Terkini Ducati Ducati Malaysia Ducati Scrambler Ducati Scrambler Icon Dark (2020) roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2027 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    27/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.