Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Panigale V4 Nicky Hayden – Sempena Tribut Jentera Lumba Desmosedici GP12
Roda2

Ducati Panigale V4 Nicky Hayden – Sempena Tribut Jentera Lumba Desmosedici GP12

AryonBy Aryon26/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA Mei 2017, dunia motosikal dikejutkan berita kematian bekas juara dunia kelas premier, Nicky Hayden yang bergelut kecederaan parah akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang berbasikal untuk latihan.

Sejak kematian tragik menimpa Kentucky Kid itu, banyak pihak daripada komuniti permotoran tampil menyatakan sokongan dan simpati. Misalnya, pemegang hak eksklusif MotoGP, Dorna Sports memutuskan merehatkan nombor milik pelumba itu di GP Amerika. Pihak berkuasa Kentucky pula membina tugu khas sempena memperingati mendiang di kampung halamannya, Owensboro, Kentucky, Amerika Syarikat.

BACA >>> Bekas Juara MotoGP, Nicky Hayden Meninggal Dunia

PANIGALE TRIBUTE, SATU UNIT SAHAJA

Satu lagi tribut buat Hayden datang dalam bentuk Ducati Panigale V4, dibikin bertemakan jentera GP12 yang pernah ditunggang legenda AS itu. Dibina MotoCorsa, juga pengedar Ducati berpangkalan di Portland, Panigale V4 edisi sepesial ini diubah suai  dari segi penampilan dan prestasi.

Ini dapat dilihat menerusi seragam motosikal dalam skema tiga warna, termasuk logo penaja, mengikut apa yang tertera pada Desmosedici GP12 ditunggang Hayden ketika bersama pasukan Ducati Team 2012. Berbanding seragam biasa yang menggunakan dekal, berupa pelekat yang ditampal pada badan motosikal, tetapi seragam tribut ini ialah buatan tangan.

Suspensi standard digantikan dengan Öhlins spesifikasi tinggi, R/T untuk fork, dan monoshock TTX berserta damper stereng. Superbike itu turut menerima kit klac kering V4 R dan set rim gentian karbon Superleggera BST dengan tayar Pirelli Diablo Supercorsa untuk berat jentera lebih ringan, manakala hamburan kuasa dilepaskan ekzos titanium jenis slip-on daripada Akrapovic.

Tambahan lain ialah indikator block-off cermin dan penyisih fender dengan signal terbina dalam, kedua-dua dari Futurismoto, termasuk komponen dimesin seperti set belakang, gad-tuil, pelana lumba, slider gandar, cermin depan lumba daripada katalog Ducati Performance.

BACA >>> Honda CBR1000RR SP2 WorldSBK Milik Nicky Hayden untuk Dijual, RM438k

Ini termasuk gad tumit gentian karbon, fender belakang, penutup tangki dan penutup swingarm serta beberapa aksesori Rizoma seperti penutup tangki dan bar belakang anod. Kemasan pula berupa nombor lumba Hayden #69 dan nombor siri 01/01 sebagai jentera khas tribut.

JUALAN UNTUK YAYASAN KEBAJIKAN

Jentera ini akan dilelong secara atas talian di laman eBay, tetapi tertera dengan harga ‘Buy It Now’, AS$69,000 (RM286,300), diambil sempena nombor lumba Hayden. Mungkin mahal di pasaran AS kerana harga Panigale V4 biasa di sana cuma AS$21,495 (RM89,200).

Namun apa yang bagusnya, semua duit jualan akan disumbangkan kepada Yayasan Nicky Hayden, iaitu badan kebajikan yang diseliakan peminat Hayden sendiri.

BACA >>> Nombor #69 Direhatkan untuk Mendiang Nicky Hayden di GP Amerika

Pengarah Urusan MotoCorsa, Jaime Rucklos berkata, Ducati mahu melakukan sesuatu yang istimewa buat Hayden dan Yayasan NH, dan cara terbaik difikirkan ialah menghasilkan motosikal tribut berasaskan seragam jentera MotoGP Ducati 2012.

“Sepanjang menjadi pelumba Ducati factory, beliau selalu mewakili jenama ini dan berikan impak positif kepada pelanggan dan pengedar seluruh dunia. Kami semestinya merindukan beliau,” katanya lagi.

Dorna Sports Ducati Ducati Panigale V4 Nicky Hayden MotoGP Nicky Hayden roda2 Tribut Yayasan Nicky Hayden
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.