• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nombor #69 Direhatkan untuk Mendiang Nicky Hayden di GP Amerika

Nombor #69 Direhatkan untuk Mendiang Nicky Hayden di GP Amerika

January 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NOMBOR ikonik 69 milik juara dunia Nicky Hayden akan disimpan atau 'direhatkan' khas untuk setiap saingan GP Amerika bermula aksi MotoGP musim ini. Berita terbaharu itu dibuat selepas dua tahun beliau maut akibat kemalangan ketika menunggang basikal di Itali.

Ini bermakna tiada pelumba yang dibenarkan menggunakan nombor 69 di Circuit of the Americas di Texas. Selain Hayden, pelumba lain nyang turut direhatkan nombor mereka ialah Marco Simoncelli, Loris Capirossi dan Kevin Schwantz.

BACA >>> Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

"Saya bangga mengumumkan nombor 69 akan direhatkan daripada perlumbaan GP," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna SPorts, Carmelo Ezpeleta.

"Nicky Hayden ialah antara aset besar untuk padok ini dan contoh hebat sebagai pelumba di dalam dan luar trek. Ia buatkan saya lega untuk menghormati legasinya sekali lagi dan memastikan nombor 69 kekal sinonim dengan seorang legenda dan seorang juara," katanya lagi.

PENGHORMATAN BESAR

Nicky Hayden
Nicky Hayden
Nicky Hayden

Sementara itu, bapa Hayden, Earl menganggap keputusan tersebut sebagai penghormatan besar buat anaknya. Tambahan lagi ia dibuat di perlumbaan Amerika Syarikat yang sememangnya begitu bermakna buat mendiang Hayden.

"Bagi diri saya sendiri ia sangat istimewa kerana #69 ialah nombor saya ketika saya berlumpa dulu, dan saya sangat bangga menyaksikan Nicky menggunakan nombor ini pada motosikalnya sepanjang karier beliau," katanya

BACA >>> Pemandu Rempuh Mendiang Nicky Hayden Dipenjara, Hadapi Tuntutan Sivil Jutaan Ringgit

Walaupun cuma pernah sekali merangkul kejuaraan MotoGP, iaitu pada 2006, tetapi Hayden dikenang sebagai pelumba pertama yang berjaya menghalang kekanda Valentino Rossi daripada mencatatkan kemenangan ke-6 berturut-turut pada tahun itu.

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

821
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 69, GP Amerika, Grand Prix Amerika, MotoGP, Nicky Hayden, Nicky Hayden #69, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci
    5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my