• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

May 23, 2017 By AO 2 Comments

FacebookTwitter


BEKAS pelumba MotoGP, Nicky Hayden maut akibat kecederaan teruk yang dialaminya selepas terbabit kemalangan basikal di Itali minggu lalu.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Hayden, 35, bekas pelumba berasal Kentucky, Amerika Syarikat itu pernah menjadi juara Kejohanan MotoGP 2006 di bawah pasukan Repsol Honda Team, dan menjadi pelumba pertama berjaya menyekat kemaraan Valentino Rossi yang sebelum itu sudah menjadi juara MotoGP lima kali berturut-turut ketika kemuncak karier pelumba legenda itu.

Hayden meninggalkan arena MotoGP pada penghujung 2015 dan memilih berentap dalam Kejohanan Dunia Superbike (masih bersama Honda). Pada tahun lalu, beliau memenangi perlumbaan pusingan kedua di Malaysia dan menduduki tempat kelima keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau agak bergelut dengan prestasi pada musim ini apabila tersingkir pusingan pertama ketika perlumbaan di Itali baru-baru ini, dan menamatkan cabaran di tempat ke-12 dalam pusingan kedua.

DILANGGAR KERETA

nicky-hayden-maut-2
https://www.riminitoday.it/cronaca/incidente-stradale/tremendo-schianto-nicky-hayden-bici-pilota-di-superbike-coinvolto-nell-incidente.html

Pada Rabu lalu - 17 Mei - Hayden dilaporkan sedang menunggang basikal bersama 14 rakannya berhampiran bandar Rimini (dalam kawasan sama dekat tempat perlumbaan dianjurkan - Litar Imola) sebelum dilanggar sebuah kereta hingga mengalami kecederaan parah di dada dan kepala.

Disebabkan keadaan yang tidak stabil, pasukan doktor tidak dapat melakukan pembedahan untuk membuang tekanan dalam tempurung kepala akibat gumpalan cecair - dipanggil edema. Hayden kemudian disahkan meninggal dunia tengah hari tadi (waktu tempatan).

Takziah buat keluarga, rakan dan peminat 'Kentucky Kid' seluruh dunia.

SUMBER: Car Scoops

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Kentucky Kid, MotoGP, Nicky Hayden, Nicky Hayden meninggal dunia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my