Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Panigale V4 Mengganas di Malaysia Pertengahan 2018?
Roda2

Ducati Panigale V4 Mengganas di Malaysia Pertengahan 2018?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEHADIRAN Ducati Panigale V4 pada Pameran Motosikal Itali (EICMA) 2017 nyata menarik perhatian umum. Malah, debut jentera itu sendiri menjadi tonggak sejarah Ducati apabila pengeluar motosikal Itali itu memutuskan meninggalkan enjin legenda V-Twin untuk digantikan enjin V4 90°.  

Bukan itu yang ingin diperkatakan, model Panigale V4 itu khabarnya bakal menjengah pasaran tempatan tidak lama lagi. Isyarat kedatangan jentera itu boleh dilihat menerusi laman sosial Ducati Penang dengan tempahan mula dibuka bermula hari ini. 

TIBA PERTENGAHAN TAHUN?

Berdasarkan status dimuat naik, tiga model bakal menjengah pasaran Malaysia, iaitu Panigale V4, Panigale V4 S dan Panigale V4 Speciale. Anggaran harga pula ialah model Panigale V4 (RM133,900), Panigale V4 S (RM173,900) dan Panigale V4 Speciale (RM359,900). 

Persoalannya, bilakah model tersebut akan muncul?. Setakat ini, Naza Italia, menurut sumber risikan, masih belum menghantar permohonan Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – Bahagian Automotif.  

Ini bermakna model itu dijangka tidak akan tiba dalam tempoh suku pertama 2018, sebaliknya diramalkan berlabuh pertengahan tahun ini. 

BACA >>> 12 Fakta Tentang Ducati Panigale V4 yang Perlu Anda Tahu

Sebagai makluman, Ducati bakal mengembangkan enjin baru dengan konfigurasi V4 yang diambil daripada Ducati Desmosedici MotoGP. Enjin bersesaran 1103cc itu berupaya menghasilkan kuasa 214hp dan tork 124Nm. Model lebih berprestasi, Speciale pula mampu meledakkan kuasa setinggi 226hp. Berat jentera liar itu hanya seberat 200kg.

LEBIH PANTAS DI SELEKOH

 

Penambahbaikan jentera baharu itu, yang kini jauh lebih pantas di selekoh berbanding model terdahulu, dicapai menerusi penambahan ciri aci sesendol putar lawan (counter-rotating camshaft) yang mampu membalikkan kesan giroskopik daripada roda motor. Ini termasuk mengurangkan kesan wheelie dan stoppie ketika sedang memecut atau nyahpecut.  

Disebut-sebut sebagai pengganti Panigale 1299 yang sudah bersara, Ducati difahamkan akan menjual dahulu Panigale V4 dan Panigale V4 S, Januari ini, manakala versi Speciale dijangka menyusul beberapa bulan kemudian. 

BACA >>> Ducati 1299 Panigale R Final Edition – Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!

Menyentuh ciri keselamatan, Ducati Panigale V4 dilengkapi Unit Unjuran Inersia (IMU) 6-Paksi, merangkumi pakej elektronik lain seperti Cornering Bosch EVO, Kawalan Traksi Ducati (DTC) EVO, Kawalan Gelincir Ducati (DSC), Kawalan Wheelie Ducati (DWC) EVO, Ducati Power Launch, Ducati Quick Shift atas/bawah EVO dan Kawalan Brek Enjin (EBC) EVO. 

Panigale V4 trut didatangkan dengan tiga mod tunggangan, Race, Street, dan Sport. Bahagian brek pula mempertaruhkan kaliper Brembo Stylema Monoblock 330mm di depan dan 245mm (belakang). Lampu utama tampil dengan ciri LED, berserta lampu suang (DRL) yang juga LED DRL untuk lagak elegan. 

Varian tertinggi, V4 Speciale cuma ditawarkan 1,500 unit, dan didatangkan bersama ekzos titanium, corak grafik khas dan barangan gentian karbon. 

GALERI

Auto Terkini Ducati Itali Naza Italia Panigale Panigale 1299 Panigale V4 Panigale V4 S Panigale V4 Speciale roda2 sportbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    25/04/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Tettonero Capsule – 630 Unit Sahaja Untuk Dunia!

    26/04/2026
    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.