Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916
Roda2

Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916

AryonBy Aryon16/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI melancarkan model edisi terhad, Panigale V4 25º Anniversario 916 sempena meraikan ulang tahun ke-25 debut global superbike 916. Model  ini cuma dikeluarkan 500 unit dan akan dijual pada harga anggaran €41,000 (RM189,780)

Panigale V4 25º Anniversario 916 dihasilkan sempena tribut kepada superbike ikonik, 916  yang cukup gah dalam sejarah Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK). Jentera ini didedahkan bekas pelumba Ducati, Carl Fogarty pada pusingan ke-9 WorldSBK di Laguna Seca, California, Amerika Syarikat (AS).

BACA >>> LS2 Perkenal Dua Helmet Replika Juara WorldSBK 4 Kali, Carl Fogarty

Fogarty meraih 43 kejuaraan WorldSBK menerusi jentera 916 dan 966 dengan merekodkan 55 kemenangan sepanjang kariernya bersama pasukan Ducati.

Panigale V4 25° Anniversario 916 dibina berasaskan Panigale V4 R yang berkongsi komponen khas daripada superbike trek, Panigale V4 R. Selain seragam diilhamkan 916, motosikal ini turut dilengkapkan komponen prestasi Ducati seperti rim magnesium tempa dan ekzos Akrapovic titanium.

BACA >>> Ducati Diavel 1260 S (RM139k) dan Panigale V4 R (RM299k) Kini Rasmi di Malaysia

Panigale V4 25° Anniversario 916 dikuasakan enjin 1,103cc penyejukan cecair berkuasa 214hp @ 13,000rpm dan 124Nm @ 10,000rpm. Antara ciri dimiliki model edisi spesial ini ialah: Mod Tunggang, Mod Kuasa, ABS Belokan Bosch (), Kawalan Traksi Ducati (DTC) EVO 2, Kawalan Wheelie Ducati (DWC) EVO, Kawalan Gelincir Ducati (DSC), Kawalan Brek Enjin (EBC) EVO, dan kalibrasi tayar auto.  Tinggi pelana ialah 830mm, manakala berat kering superbike ini  173kg.

Pada acara pengenalan itu, Ducati turut mengadakan upacara memperingati mendiang Carlin Dunne, iaitu pelumba Ducati yang maut dalam nahas ketika berlumba mendaki bukit pada Pikes Peak Hill Climb Racing, baru-baru ini.

Menurut Ducati lagi, unit ke-5 daripada 500 unit bakal dilelong dan wang hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada ibu Dunne.

Panigale V4 25° Anniversario 916 kini ditayangkan di Ducati Island, iaitu seksyen khas yang disediakan untuk Ducati di kejuaraan tersebut.

BACA >>> 45 Foto Ini Pasti Buat Anda Jatuh Cinta Kepada Ducati Panigale V4 R

GALERI

SUMBER: Ducati.com

Carl Fogarty Ducati ducati 916 Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Ducati Panigale V4 R Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) roda2 superbike WorldSBK
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.