Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»16 Fakta Pantas – Ducati Panigale V4 R (2019) Sedia Gegar WorldSBK dengan Kuasa 234hp
Roda2

16 Fakta Pantas – Ducati Panigale V4 R (2019) Sedia Gegar WorldSBK dengan Kuasa 234hp

AryonBy Aryon24/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA Ducati mendedahkan satu-satunya superbike V4 – Panigale V4 Stradale – ramai tertanya-tanya kenapa model itu didatangkan dengan enjin 1103cc yang tidak melepasi homologasi kelas Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK)? Jawab Ducati, ini kerana V4 memang direka untuk tunggangan jalanan, dan ‘Stradale’ itu sendiri jika diterjemahkan membawa maksud ‘jalan’.

Jadi, tiada sebab itu Ducati pedulikan tentang homologasi WorldSBK.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Ducati Panigale V4 (2018) dengan Teknologi Trek Termaju

Kemudian, tersebar pula spekulasi Ducati sedang mempersiapkan Panigale V4 versi lebih kecil dengan spesifikasi yang patuh piawaian enjin WorldSBK – 1000cc. Jentera itu akhirnya didedahkan 4 November lalu, pada malam perdana Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 dengan membawa nama Panigale V4 R.

Berikut beberapa fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Ducati Panigale V4 R (2019):

1. Dalam bentuk paling asas, Panigale V4 R ialah V4S dengan enjin 998cc Desmosedici yang sah berentap dalam kejuaraan WorldSBK. Ducati mengesahkan jentera dengan berat kering 172kg itu akan digunakan pelumba Chaz Davies dan Alvaro Bautista dalam saingan WorldSBK 2019.

2. Enjin siap lumba itu menghasilkan kuasa setinggi 221hp @ 15,250rpm dan tork 111Nm @ 11,500rpm. Apabila dilengkapkan dengan ekzos Ducati Performance daripada Akrapovic, enjin itu mampu menjana kuasa hingga 234hp @ 15,500rpm.

3. Seperti V4 Stradale, silinder enjin 90º dimiringkan 42º dari horizontal. Enjin V4 R memiliki nisbah mampatan dengan pengehad-rev 14:1, atau 16,000rpm (16,500rpm dalam gear 6), dan memiliki aci engkol putar lawan (counter-rotating).

4. Lagi fakta tentang enjin Panigale V4 R baharu ialah:

  • Aci engkol besi tempa dengan lejang pendek.
  • Piston aluminium dengan gelang mampatan tunggal berserta gelang minyak (oil ring).
  • Kon rod titanium.
  • Injap ambilan titanium.
  • Badan terotel oval (setara Ø 56mm) dan bukaan terotel aerodinamik.
  • Hon ambilan udara variabel-tinggi.
  • Panjang manifold ekzos dioptimumkan.
  • Kepala silinder dengan salur ambilan besar.
  • Penapis udara boleh telap tinggi Sprintfilter P08.

BACA >>> Ducati 1299 Panigale R Final Edition – Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!

5. Binaan badan berasaskan prototaip GP16 untuk MotoGP dan sayap gentian karbon mendapat sentuhan Ducati Corse. Ini termasuk visor angin aerodinamik  (0.6 inci lebih tinggi dan lebar), fairing hidung dan sisi, bersama ventilator udara khas untuk kesan penyejukan. Menurut Ducati, V4 R kini lebih stabil pada sepanjang masa, kurang campur tangan kawalan elektronik dan memberikan lebih keyakinan menunggang, membantu penunggang mengekalkan terotel lebih lama dan lebih lambat membrek ketika di selekoh.

6. Berbanding frem V4 Stradale, frem monokok V4 R lebih ringan dan kuat untuk perlumbaan. Pivot swingarm belakang aluminium sebelah kini boleh laras hingga 4 tetapan (sejauh 2mm).

7. Suspensi Panigale V4 R dioptimumkan untuk tunggangan trek serius, dan dipasangkan suspensi Öhlins mekanikal berbanding Stradale yang menggunakan suspensi semi-aktif elektronik. Ciri suspensi baharu kali ini ialah:

  • Fork Öhlins NPX 25-30 bertekanan dengan pelarasan manual.
  • Absorber Öhlins TTX36 dengan pelarasan manual.
  • Damper stereng Öhlins dengan pelarasan manual.

8. Tugas membrek dikendalikan kaliper monoblok Brembo Stylema dengan cakera 330mm. Di belakang ialah kaliper 2 piston Brembo dengan cakera 220mm, manakala ABS selekoh diberikan sebagai ciri standard.

9. Panigale V4 R dilengkapkan rim aluminium tempa Marchesini hitam yang dibalut tayar Pirelli Diablo Supercrosa SP (120/70 depan; 200/60 belakang).

10. Panigale V4 R didatangkan dengan pakej elektronik Ducati terkini  dengan unit unjuran inersia (IMU) Bosch 6-paksi. Semua set elektronik itu boleh dilaraskan menerusi jarum pada kawalan kiri, terdiri daripada:

  • ABS Belokan Bosch EVO (3 tahap)
  • Kawalan Traksi Ducati (DTC) EVO (7 tahap)
  • Kawalan Gelungsur Ducati (DSC) (2 levels)
  • Kawalan Wheelie Ducati (DWC) EVO (7 tahap)
  • Luncur Kuasa Ducati (DPL)
  • Quick Shift atas/bawah Ducati (DQS) EVO
  • Kawalan Brek Enjin (EBC) EVO

11. Panigale V4 R menawarkan mod tunggangan baharu:

  • Race Riding (221hp penuh dengan set elektronik untuk kondisi lumba)
  • Sport (221hp dengan lebih campur tangan elektronik)
  • Street (221hp, lebih banyak campur tangan elektronik)

12. Panigale V4 R tiba dengan instrumen paparan warna TFT 5 inci, sama seperti V4 Stradale. Apa yang berubah ialah rekaan grafik yang direka semula supaya sepadan imej lumba.

BACA >>> Ducati Panigale V4 S Benamkan Rekod Bertahan Yamaha R1 di Litar Buddh, India

13. Pengehad pit diperkenalkan. Apabila dihidupkan dengan menekan satu punat di pengawal kanan, ia akan mengehadkan kelajuan jentera mengikut halaju laluan pit, iaitu antara 40-80kmj.

14. Ciri elektronik tipikal Ducati terdiri daripada Ducati Multimedia System (DMS) yang menghubungkan telefon menerusi sambungan Bluetooth; Ducati Lap Timer GPS (secara automatik merekodkan lap di mana-mana trek); dan Ducati Data Analyzer + GPS (menyimpan data daripada semua sesi).

15. Panigale V4 R juga dibekalkan dengan:

  • Tangki petrol aluminium 15.8 liter.
  • Konfigurasi pelana tunggal
  • Lampu siang (DRL) dengan LED penuh
  • Bateri litium-ion
  • Madgad gentian karbon
  • Kit penanggal pemegang plat dan penutup lubang cermin aluminium.

16. Panigale V4 R ditawarkan dalam satu warna sahaja – merah, dengan tangki aluminium yang tipikal untuk model Ducati R. Harga, stok dan spesifikasi penuh masih belum didedahkan.

ducati panigale v4r malaysia

SUMBER: UltimateMotorcycling

Ducati Ducati Panigale V4 (2019) Ducati Panigale V4 R (2019) Ducati Panigale V4R (2019) EICMA 2018 Pameran Motosikal Milai (EICMA) 2018 roda2 superbike
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.