Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Multistrada V2 (2022) Baharu Gantikan Multistrada 950, Harga Mula RM63k
Roda2

Ducati Multistrada V2 (2022) Baharu Gantikan Multistrada 950, Harga Mula RM63k

WahidBy Wahid05/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI memulakan acara World Ducati Premiere 2022 pada 30 September lalu dengan memperkenalkan barisan model 2022 dalam beberapa episod.

Episod pertama adalah pelancaran Multistrada V2 sebagai pengganti model terdahulu, Multistrada 950. Nama ‘V2’ juga membezakan model itu berbanding Multistrada V4. Adakah Ducati hanya akan menghasilkan Multistrada V2 dan V4, serta tiada lagi Multistrada 1200 yang berenjin 2-silinder?

BACA >>> Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
BACA >>> Ducati Multistrada V4 yang Lebih Ringan, Berkuasa dengan Ekzos Akrapovic

Apapun, menurut Ducati, Multistrada V2 baharu sangat sesuai sebagai motosikal pelbagai guna untuk tunggangan harian, kembara (touring) dan off-road ringan.

Ada banyak ciri baharu dan rombakan semula dilakukan Ducati untuk Multistrada V2 ini yang ditawarkan dalam dua varian  Multistrada V2 standard dan Multistrada V2 S.

Berikut ciri Multistrada V2 (2022):

  • Enjin Testastretta 11º V-2 90º, dipanggi L-Twin 937cc berkuasa 113hp @ 9,000rpm dan tork  96.3Nm @ 7,750rpm.
  • Kotak gear dan klac dipertingkat untuk tukaran gear yang lebih halus (berikutan rungutan tentang ‘false neutral’ ketika menukar gear sebelum ini).
  • Beberapa komponen enjin ‘diringankan’. Enjin baharu kali ini ini lebih ringan 2.2kg.
  • Jarak servis dilanjutkan kepada setiap 15,000km.
  • Pemeriksaan dan pelarasan injap (Desmo) setiap 30,000km.
  • Sistem brek depan menggunakan dua kaliper Brembo monoblok 4-piston dengan dwi-cakera 320mm, manakala brek belakang kaliper tunggal  Brembo dengan cakera 265mm.
  • Dilengkapkan sistem ABS  Belokan (ABS Cornering) 3-tahap yang mendapat data daripada unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi Bosch, dan kawalan traksi Ducati Traction Control 8-tahap.

BACA >>> Ducati Scrambler Nightshift Lancar di Malaysia, Harga RM65.9k!

  • Ada empat mod tunggangan: Sport, Touring, Urban dan Enduro.
  • Ada kawalan pegun Vehicle Hold Control (VHC) untuk membantu penunggang berhenti di jalan cerun atau berbukit.
  • Ada lampu signal belok padam sendiri.
  • Ada sistem lampu brek Ducati Brake Light yang berkelip apabila berhenti mengejut sebagai amaran kecemasan kepada pengguna lain.
  • Lampu jenis LED penuh.
  • Tinggi pelana 830mm.
Ciri. Multistrada V2 S (yang tiada V2 Standard):
  • Ada suspensi semi-aktif elektronik Skyhook Evo.
  • Ada sistem Ducati Quick Shift untuk menukar gear tanpa perlu menarik tuil klac.
  • Lampu depan dilengkapkan sistem Ducati Cornering Lights, suluhan lampu akan menyuluh mengikut hala belokan.
  • Panel meter TFT 5-inci berwarna.
  • Kawalan jelajah (cruise control).
  • Suis hendal iluminasi (backlit switchgear).
  • Berat kering 202kg, lebih berat daripada Multistrada V2 Standard, (199kg).
Harga

Harga-harga di Amerika Syarikat untuk Multistrada V2 Standard ialah AS$15,295 (RM63,800), manakala varian Multistrada V2 S pula ialah AS$17,895 (RM74,650). Acara World Ducati Premiere masih berlangsung dan Ducati akan memperkenalkan lagi beberapa model baharu.

BACA >>> #Spyshot: Ducati Bangunkan Streetfighter V2 yang Lebih Murah?

Advencer Adventure Toure adventure tourer Auto Terkini Ducati Ducati Multistrada Ducati Multistrada V2 (2022) Ducati Multistrada V2 S (2022) Itali roda2 World Ducati Premier 2022
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

    01/07/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pasport Malaysia Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Kini Boleh Dimohon

    01/07/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    Harga Petrol, Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bermula Hari Ini

    01/07/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.