Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Ducati Monster (2021) Kini di Malaysia dengan Harga Istimewa Terhad RM69.9k Sahaja!
Roda2

Ducati Monster (2021) Kini di Malaysia dengan Harga Istimewa Terhad RM69.9k Sahaja!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI Malaysia sebentar tadi melancarkan model terbaharu Monster (2021) yang kini ditawarkan pada harga istimewa tempoh terhad RM69,900 seunit.

Pengumuman itu menandakan Malaysia ialah negara kedua selepas Thailand di Asean yang menerima model roadster generasi baharu itu.  Berikut perincian Monster (2021):

BACA >>> Ducati Monster (2021) Generasi Baharu Lancar di Thailand, Harga Mula RM55k!
BACA >>> Ducati Monster (2021) Kini Guna Casis Panigale, Enjin Lebih Berkuasa, Harga Mula RM48k

Warna

  • Ada tiga pilihan warna iaitu Ducati Red (merah) dan Dark Stealth (hitam) dengan rim hitam. Sekama warna Aviator Grey (kelabu) pula dipasangkan rim Red GP.

Trenkuasa

  • Dijana enjin L-Twin Testastretta 11° 937cc dengan teknologi Desmodromic berkuasa 111hp @ 9,250rpm dan tork 93Nm @ 6,500rpm.
  • Kapasiti enjin meningkat berbanding model sebelum ini, 821cc yang membolehkan daya tork ditambah baik dalam julat rev enjin rendah-sederhana.
  • Menggunakan sistem transmisi baharu dengan teknologi Ducati Quick Shift Up/Down sebagai ciri standard.

Lebih Ringan

  • Jurutera Ducati juga mengurangkan berat keseluruhan Monster (2021) berbanding generasi terdahulu dengan merekabentuk semula subfrem, rim, swingarm dan frem.
  • Berat frem aluminium depan dikurang 4.5kg berbanding penggunaan frem trellis. Ada talaan semula casis dan enjin baharu kini lebih ringan 2.6kg.
  • Berat kering model baharu ini cuma 166kg, lebih ringan hampir 20kg berbanding Monster 821.

Desain Kontemporari

  • Rekabentuk  lebih segar yang dikemas kini untuk menambah baik pengalaman tunggangan.
  • Rekabentuk utama DNA Monster masih kekal seperti bentuk tangki minyak membonjol, lampu utama bulat dan ekor belakang kemas.

Teknologi Termaju Monster

  • Menggunakan sistem lampu LED, termasuk lampu siang (DRL) LED. Lampu signal belok diposisikan melintang pada sisi frem, di bawah tangki minyak.
  • Pelana penunggang lebih tirus untuk membolehkan kaki diposisikan lebih selesa atas peg kaki.
  • Tinggi pelana standard 820mm dan boleh direndahkan menggunakan kit khas kepada 775mm. Ada juga tetapan suspensi lebih rendah.
  • Ergonomik tunggangan dipertingkat dengan mengubah posisi peg kaki dan pelana dianjak lebih ke depan supaya lebih dekat kepada bar hendal. Ini membuatkan posisi badan penunggang lebih menegak untuk mendapatkan pengendalian lebih baik berbanding tunggangan membongkok.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci Belokan (ABS Cornering), Kawalan Traksi (TC), dan Kawalan Wheelie boleh laras mengikut tetapan disediakan.
  • Ada ciri Kawalan Luncur (Launch Control) yang menawarkan pecutan awal lebih pantas.
  • Ada tiga mod tunggangan: Sport, Urban dan Touring  serta hantaran kuasa enjin ke roda belakang lebih lancar dengan bantuan Smart Power Modes.
  • Smart Power Modes menawarkan daya tork khas dalam gear 1 dan 2 untuk mod Urban dan Touring atau pada gear 1 dalam mod Sport.
  • Tetapan boleh ubah menerusi konsol kawalan pada bar hendal. Ada panel meter TFT 4.3 inci berwarna dengan konektiviti Ducati Multimedia System (DMS) untuk sambungan telefon secara Bluetooth.
  • Ada sambungan USB bawah pelana untuk mengecas telefon pintar.
  • Ducati Malaysia juga menyediakan Pakej Monster Plus yang menawarkan aksesori kit badan seperto kowl pelana pembonceng.

BACA >>> Ducati Malaysia Tawar Lanjutan Waranti 3 Bulan, Termasuk Diskaun Alat Ganti
BACA >>> Ducati Monster (2021) Kini Guna Casis Panigale, Enjin Lebih Berkuasa, Harga Mula RM48k
BACA >>> Ducati Malaysia Perkenal 3 Model 2018: Monster 821, Multistrada 1260 S dan Panigale V4/V4S
BACA >>> Inilah 5 Sebab Ducati Scrambler Icon Dark Sesuai untuk Anda

Ducati Malaysia Ducati Monster 2021 Naza Ducati Next Bike Roadster Ducati roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.