• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Malaysia Tawar Lanjutan Waranti 3 Bulan, Termasuk Diskaun Alat Ganti

Ducati Malaysia Tawar Lanjutan Waranti 3 Bulan, Termasuk Diskaun Alat Ganti

October 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Malaysia mengumumkan program lanjutan waranti tiga bulan kepada pemilik-pemilik Ducati selepas motosikal mereka selesai menjalani servis pemeriksaan percuma. Tawaran itu diberi kepada pemilik yang mana tempoh jaminan motosikal tamat antara Ogos dan September lalu.

Program percuma Pemeriksaan Tamat Waranti, Servis dan Lanjutan (End Of Warranty Inspection, Service and Extension) itu diperkenalkan bagi menyelesaikan sebarang syarat keperluan penyelenggaraan yang mungkin timbul sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA >>> Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
BACA >>> Apa Kata Orang Kuat Ducati Motor Holding Tentang Ducati Malaysia?

Pelanggan Ducati yang layak diminta membuat janji temu servis menerusi Pusat Servis Ducati terdekat untuk pemeriksaan percuma. Tempoh program lanjutan waranti bermula 27 September-15 Oktober 2021.

Sebarang isu dikenal pasti sepanjang pemeriksaan percuma akan dibaik pulih mengikut skop liputan waranti. Jika ada sebarang isu dikesan yang tidak termasuk waranti, dan komponen biasa penyelenggaraan, Ducati Malaysia akan memberikan diskaun 15 peratus untuk alat ganti.

Ducati Malaysia juga mempelawa pelanggan ke Pusat Servis Ducati untuk menikmati diskaun khas 35 peratus untuk pakaian dan aksesori sepanjang tarikh janji temu pelanggan. Diskaun hanya untuk pelanggan Ducati yang sudah menetapkan tarikh janji temu.

BACA >>> Advencer Off-Road Tulen, Ducati DesertX (2022) Bakal Lancar Disember Ini
BACA >>> Ducati Multistrada V2 (2022) Baharu Gantikan Multistrada 950, Harga Mula RM63k

Artikel Berkaitan

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati Malaysia, Naza Ducati, roda2, Servis Ducati, Waranti Ducati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my