• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati Monster (2021) Kini Guna Casis Panigale, Enjin Lebih Berkuasa, Harga Mula RM48k

Ducati Monster (2021) Kini Guna Casis Panigale, Enjin Lebih Berkuasa, Harga Mula RM48k

December 7, 2020 By AI Leave a Comment

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI menerusi pelancaran Monster (2021) bakal menggantikan peranan Monster 797 dan 821. Dengan nama lebih ringkas, roadster generasi baharu itu tampil sebagai model evolusi baharu yang tampil lebih berkuasa dan patuh Euro 5.

Berikut beberapa pembaharuan dilakukan Ducati pada Monster (2021):

  • Trenkuasa 937cc L-Twin Testastretta 11º diambil daripada Hypermotard 950 berkuasa 111hp dan tork 93Nm @ 6,500rpm.
  • Berat cuma 166kg selepas menanggalkan frem trellis dan digantikan unit lebih ringan 4.4kg, diambil daripada Panigale V4 dan Multistrada V4. Berat badan baharu ini turut disumbangkan penggunaan rim aluminium (-1.7kg), swingarm baharu  (-1.6 kg) dan subfrem belakang dengan teknologi polimer diperkuat gentian kaca (FRP) (-1.9kg).
  • Menggunakan lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL), signal belok dan lampu belakang.
  • Komponen diposisikan semula. Bar hendal 70mm lebih dekat kepada penunggang untuk mendapatkan posisi menunggang menegak, termasuk peg kaki. Tinggi pelana 820mm boleh direndahkan kepada 775 mm dengan opsyen kit spring.
  • Ada tiga mod ditawarkan: Sport, Urban dan Touring yang dilengkapkan ciri ABS Selekoh, Kawalan Traksi, Kawalan Wheelie dan Kawalan Luncur.
  • Kluster instrumen TFT berwarna 4.3 inci dengan elemen gaya Panigale V4.
  • Suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 43mm di depan dan monoshock prabeban di belakang.
  • Dipasangkan rim aloi yang dibalut tayar Pirelli Diablo Rosso III dan diapit sistem brek cakera 320mm Brembo dengan kaliper monoblok 4-piston M4.32 di depan, dan cakera 245mm dengan kaliper brek 2-piston (belakang).
  • Ada dua varian ditawarkan: Standard dan Monster+ dengan tiga pilihan warna Ducati Red, Matte Black dan Aviator Gray (dengan rim merah fluoresen) pada harga bermula AS$11,895 (RM48,478) sehingga AS$12,195 (RM49,700).

BACA >>> Abarth 595 Monster Energy Yamaha - Hatchback Edisi Terhad 2,000 Unit Sahaja, RM118k
BACA >>> Perbandingan Awal [Siri 1]: Yamaha YZF-R15 (v3) vs FZ150i

DUCATI MONSTER 202115
DUCATI MONSTER 20219
DUCATI MONSTER 202111
DUCATI MONSTER 202112
DUCATI MONSTER 20218
DUCATI MONSTER 20216
DUCATI MONSTER 202116
DUCATI MONSTER 202120
DUCATI MONSTER 20214
DUCATI MONSTER 202125
DUCATI MONSTER 20217
DUCATI MONSTER 202114
DUCATI MONSTER 202122
DUCATI MONSTER 202119
DUCATI MONSTER 202123
DUCATI MONSTER 202124
DUCATI MONSTER 20212
DUCATI MONSTER 20211
DUCATI MONSTER 202110
DUCATI MONSTER 202113
DUCATI MONSTER 202117
DUCATI MONSTER 202118
307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Monster 2021, Ducati Monster 821, Monster, naked bike, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my